Monday, December 5, 2011

"Great Things Start With Small Beginnings"

Hari ini aku mula merasakan sesuatu yang berbeza, tak seperti hari2 sebelum ni..

Dulu.. aku rasa aku macam kurang berfikir dan hanya membuat sesuatu mengikut perasaan.. akibatnya memang tak bagus..

Kemudian daripada itu.. aku terlampau banyak berfikir sehingga terlampau berhati2 membuat sesuatu.. akibatnya pun tidak bagus juga..

sejak itu aku tercari2 sesuatu atau seseorang yg boleh membuka mata dan minda aku..

aku cuba mencari jawapan dgn mendekati rakan2 sebaya, tapi tak bertemu jawapan..

aku dekati pulak orang2 yg lebih tua, namun tiada jawapan yg tepat..

TAPI hari ni seolah2 aku dah jumpa balik dengan diri aku yg dah lama hilang.. minda aku lebih jelas terbuka.. lepas berbual dengan seseorang yg tak aku sangka2.. budak muda opis aku.. walaupun dia lebih muda.. muda 4 tahun drpd aku, tapi fikiran dan matlamat dia lebih jelas daripada kebanyakan yg sebaya dgnnya.. mgkn korang igt dia sembang kosong, tapi tak.. bukti2 nya aku boleh lihat sendiri tanpa dia bercerita secara tersurat.. budak ni jelas sorang yg bermatlamat, beretika, bercita2 tggi dan tahu setiap perkara yg patut dilakukan.. dan tanpa perlu meningkat naik dengan menindas sesiapa.. dan aku pasti, amat jarang yg sebaya dia ada fikiran seperti ini..

aku suka dengan satu pepatah Inggeris ni, "Great Things Start With Small Beginnings"


bercita-cita tinggi itu bagus, tapi untuk mencapai cita2 itu kita perlu melalui langkah demi langkah.. dan bukannya kita akan terus mendapat apa yang kita mahukan itu..

Cuba tengok Albert Einstein, dia seniri gagal dalam Bahasa Inggeris iaitu bahasa dia seniri, tapi genius dalam ilmu Fizik..
Jawapan yg mgkn Einstein bagi kalo dia masih hidup,
"Ada aku kisah aku fail English? Weeek.."



Tengok Michael Schumacher hebat di litar lumba, tapi cuba ajak dia lawan badminton, bole ke dia menang..?

Kalo kita tanya, mungkin ni jawapan Schumacher,
"Tak kisah pun kalo aku kalah badminton.. huuu"


Man Kidal pulak hebat bermain gitar, tapi cuba suruh dia masak, ntah apa lah rasanya kan..
Ni mungkin jawapan Man Kidal,
"Aku main gitar ni je lah, nak pulak aku masak..?"


Pada pendapat aku, agak sukar untuk kita jadi hebat dalam semua perkara.. tapi kena sabar dan buatlah sesuatu dengan sehabis baik, langkah demi langkah.. dan bukan TIBA-TIBA terus jadi hebat.. Macam deorang ni pun iaitu si Einstein, Schumacher dan Man kidal ni.. bukan lahir2 je terus jadi terer.. yang penting kita tahu apa yang kita buat adalah perkara yang betul dan kita pasti BUKAN semua pendapat manusia LAIN adalah betul..

Secara ringkas, "Perkara hebat bermula dengan sesuatu yang kecil" atau in English, "Great Things Start With Small Beginnings"

Tuesday, October 11, 2011

Asap

Memang banyak cara untuk mengisi masa lapang ataupun untuk menenangkan perasaan, tapi bagi sesetengah orang, cara yang paling pantas dan efisyen adalah dengan menghisap sesuatu yang boleh menghembus asap!

Pendek kata, seperti rokok, curut dan shisha. Dulu memang aku cakap benda ni membazir apa sume. Tapi bila dah try, mmg tenang dan boleh mengisi masa lapang. Aku tak isap rokok, tapi aku isap shisha. Walau aku duk sorang sekalipun, takde masalah bagi aku untuk lepak melayan shisha.

Bila kita nak ajak kawan2 lepak, tak semua free masa kita free tu, pastu nak buat benda lain macam tgk dvd sorang2 mmg rasa tak best langsung. Jadi hanya satu cara jawapannya, shisha. Ho ho yeah..

Sunday, September 18, 2011

Syukur & redha

2 perkara basic dlm tajuk ni sering kita lupakan termasuklah dengan aku seniri..

seperti biasa, aku menulis atas dasar penelitian dan pengamatan aku.. kalau sape2 rasa aku salah aku sedia utk mendengar..

jadi, pada aku, bila dalam otak kita selalu 'bersyukur' barulah segala yang kita buat diiringi dengan muafakat, ikhlas, tenang, lancar dan  bahagia.
kalau sebaliknya pulak, maknanya kalau 'tak bersyukur', terjadilah porak-peranda, tak ikhlas (aku tak igt perkataan yg sesuai), celaru, terbantut dan sengsara.

tapi aku tengok2, setiap manusia akan melalui proses yang berbeza sebelum betul2 rasa 'syukur'.. ada yg kecik2 lagi dah tau apa itu syukur.. tapi ada jugak yg masuk umur 50-60 baru rasa syukur.. aku seniri pun kadang2 alpa utk syukur.. astaghfirullahhalazim..

tapi senang cerita.. kebanyakan manusia ni termasuk aku seniri bila tak bersyukur, barulah kenal apa itu syukur. dah tau buruk baru kenal yg baik, macam ni:

dah tau porak-peranda, baru kenal muafakat
dah tau ketidakikhlasan, baru kenal ikhlas
dah tau celaru, baru kenal tenang
dah tau terbantut, baru kenal kelancaran
dah tau sengsara, baru kenal apa itu bahagia

hanya dengan izinNya, otak kita tau apa itu syukur, dan bila dah syukur, secara tidak langsung hati akan 'redha'..

cuma.. aku rasa, mungkin ada satu perkara yang kita mungkin susah nak kenal.. iaitu 'kehidupan'.. sebab.. bila kenal apa itu 'kematian', barulah betul2 kenal apa itu kehidupan sebenanya.. uhuhu.. wallahualam

Monday, August 8, 2011

Bunga & Kumbang

Pepatah orang-orang tua dulu:
"Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor"

Pepatah aku:
"Memang bunga berkuntum-kuntum, kumbang berekor-ekor. Tapi belum tentu deria bau kumbang boleh terima sebarang haruman bunga, dan.. bunga takkan kembang kepada sebarang kumbang"

Sunday, August 7, 2011

Imam-Imam Muda

Kalau tengok pada tajuk, sekali pandang macam tajuk rancangan kat Astro Oasis tu kan. Lebih kurang la, tapi apa yang aku nak cerita ni takde kaitan pun dengan rancangan tu. Huhu..

Sekarang ni bulan Ramadhan, dan tajuk ni berkaitan dengan bulan Ramadhan. Kalau sebut je bulan Ramadhan, orang mesti berlumba2 nak buat amalan kan. Amalan yang paling utama, mestilah Solat Sunat Terawih.

Hari ni, first time aku pegi terawih kat area umah aku ni, tapi aku dah mula rasa macam malas nak pegi dah. Ahaha..

Ceritanya begini:
Lepas azan isyak, imam muda bagi sedikit ucapan. Ucapan yang paling utama, beliau rasa sedikit terkilan sebab jemaah semakin berkurangan di surau. 3 Ramadhan pertama, beliau kata, penuh sampai ke tepi2 jalan. Masuk Ramadhan ke-6 ni, dah semakin kurang. Aku tengok, macam masih ramai je. Cuma takde la sampai ke tepi2 jalan.

Dalam hati, aku rasa jemaah tak salah.

Lepas solat Isyak, mulalah solat sunat Terawih. Rupa-rupanya segala-galanya dah terjawab. Ya ampun, bacaan surah dalam solat sunat terlampau panjang, dekat pukul 10 baru habis 8 rakaat. Lepas tu, tazkirah, tazkirah pun dah ambil masa setengah jam lebih. Dalam 10.40 baru sambung terawih balik. Gila.

Sah, tekaan hati aku memang tepat. Jemaah memang tak salah. Kalau solat sendirian, takde masalah nak baca surah-surah yang panjang ni. Walaubagaimanapun, sebagai imam, kurang sesuai aku rasa. Imam muda perlu lebih melakukan pemerhatian dan pengamatan. Pemerhatian dan pengamatan ini merangkumi seluruh aspek kehidupan seperti:-
1.       Golongan berumur (50 tahun ke atas)
-          Bagaimana mampu mereka berdiri terlampau lama.
2.       Golongan suami
-          Mengejar amalan itu bagus, tetapi si suami mesti nak kena ambik tau pasal anak bini di rumah. Nak beli barang2 keperluan rumah lagi.

Pada pengamatan dan pemerhatian aku, sah-sah jemaah yang semakin kurang paling utama terdiri daripada dua golongan di atas.

Pada pendapat aku, sebagai pemimpin, lihat kesilapan kita dulu sebelum menyalahkan orang lain. Bak kata Professor Izi Haji Ali, “Renung-renungkan, selamat beramal.”

Thursday, July 21, 2011

Karma

Manusia dicipta berpasangan. Kalo lelaki mesti la ngan pompuan kan.. Jenis2 lain tu, em.. wallahualam.. uhuhu.. Namun, bukan semua manusia mempunyai hati dan jiwa yang sama. Setiap manusia pasti melalui beberapa fasa kehidupan sebelum ‘masak’ atau matang. Sebelum nak matang, ada sesetengah individu akan melalui proses yg dipanggil sebagai 'karma'. Tau tak karma ni apa? Karma ni maksudnya pembalasan. Orang putih kata, 'domino effect'.
Penvisualan karma - kesan domino
Aku ceritakan kisah aku sebagai contoh.

Sekitar 2005
Aku couple dengan seorang awek ni, dari 29 April 2005. Hubungan ini hubungan jarak jauh. Kami sering sms dan call. Aku dapat rasakan dia memang suka aku. Kami hanya berjumpa 2-3 kali. Lebih kurang setahun empat bulan selepas itu, tiba-tiba aku rasa jiwa aku kosong. Aku ambil masa beberapa hari untuk muhasabah diri aku, dan aku rasa, kalau hubungan ini berterusan aku rasa seolah-olah aku menipu diri sendiri. Sekitar Ogos 2006, aku ambil keputusan untuk break. Bukan kerana orang lain. Dan aku kata kepada dia, dia boleh dapat pasangan yang jauh lebih baik dari aku. Secara kasar, itu hanya alasan, sebenanya, aku dah tiada hati lagi.

2 tahun kemudian
Aku suka pulak dengan sorang awek ni, lebih kurang penghujung 2007, awal 2008. Pendek kata, last2 aku couple dengan dia.  Bole kata tiap2 ari aku kuar dengan dia, bila aku dah start praktikal, dah jarang keluar. Dia tempat lain, aku kat tempat lain. Aku memang dapat rasakan dia dah cuba yang terbaik untuk aku. Seboleh mungkin dia nak luangkan masa dengan aku. Bagus dia ni.. Dua bulan pertama aku praktikal, baru sekali aku dapat keluar makan tengahari dengan dia. Sampai satu tahap, aku dah jarang call, jarang sms. Bila dah bertengkar, aku start call dan sms tak henti2 pulak. Masa tu aku rasa macam pandai, bila pikir balik sekarang, nampak sangat aku tongong kan masa tu.. Masa tu aku rasa macam dah cukup matang, padahal baru sekarang aku sedar masa tu aku macam gampang. Lepas satu masa, aku nampak dia dah lain, bila tanya, sambil dia menitiskan air mata, dia cakap dia dah jatuh hati kat mamat tempat dia praktikal. Masa tu aku rasa jantung aku macam dah jatuh.. kelepap ke tanah, tapi akal aku kata dia ni bagus sebab dia berterus-terang dengan aku. walaupun akal aku waras, jiwa aku sebaliknya.. dan jiwa aku dah mengatasi akal..
Lepas daripada tu, jiwa aku kacau, aku buat macam2 benda yg tak masuk akal.. aku cuba betulkan keadaan, tapi aku silap rujuk, dan aku silap buat percaturan. Last2 dalam bulan 8 2008, lepas 7 bulan lebih, aku mintak break dengan dia. Aku ingat ok, tapi rupanya lg kacau. Nak sambung balik, dia dah takmau. Hati aku masih pada dia, jadi lepas tu aku dah mula sakit jiwa. Satu hari aku balik dari ofis praktikal, aku eksiden, tapak tangan aku koyak. Aku balik dari hospital dia tunggu bawah rumah sewa aku. Sambil menitiskan air mata, dia kata dia doakan aku dapat pasangan yang lebih baik dari dia. KARMA! Selang beberapa lama lepas tu, aku mesej, aku ungkit banyak benda supaya dia bole recall apa yg dah berlaku. Padahal ungkit2 ni tak guna walau 1 sen pun.. Masa tu aku rasa aku betul, sebenanya bahlol..

3 tahun lepas tu
Sekarang, 2011, aku masih mencari diri…

Kepada sesiapa yang dah buat kat orang, tapi belum jadi apa2, masa anda belum sampai, tapi akan sampai.. takkan terlepas punya.. uhuhu.. Semoga kita lebih berhati2 dalam tindakan kita selepas ini..

Thursday, June 16, 2011

Tak Matang

Apakah perasaannya bila awek korang cakap kat korang camni,

"Awak ni memang tak matang langsunglah.."

Hoish, aku rasa mesti ada yang akan naik darah, rasa hangin satu badan, pastu mesti ada rasa macam nak lempang je org yg cakap tu kan.. tapi rilek dulu..

Kita rasa mesti la kita dah cukup matang dah kan. Kerajaan Malaysia pun kata lepas je umur 18, kita dah dikira matang dan boleh membuat keputusan sendiri. Dah tak perlu mintak kebenaran mak bapak dah pun.

Itu sebenarnya matang secara fizikal, belum tentu jiwa dan fikiran kita betul2 matang, yang mana kita belum betul2 memahami seluruh aspek kehidupan lagi.


Jadi, bila ada org cakap kita tak matang, apatah lagi bila awek kita seniri dah cakap camtu, memang dia cakap tu dari hati dia yg jujur.. senang cite, muhasabah dan kena analisis balik diri kita.. :)

Wednesday, May 25, 2011

Belahan Jiwa

Di sebalik akal fikiran yang berfungsi dengan baik, belum tentu kita mempunyai jiwa yang padu. Jiwa merupakan sesuatu yang unik dan sukar untuk digambarkan dengan perkataan. Kalau sakit hati, mestilah kerana hati. Tapi kalau sakit jiwa..? Dari mana munculnya..?

Jiwa, memang takde kaitan dengan otak mahupun hati, jiwa seolah2 di luar kotak pemikiran manusia biasa.

Walaupun tidak diketahui dari mana munculnya jiwa, namun jiwa memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan kita. Pada pendapat aku, jiwa jugalah yang mengawal tahap keimanan kita. Tanpa jiwa yang kental, iman hanya umpama debu yang berterbangan.

Jika diamati secara mendalam, boleh jadi jiwa adalah asas sebuah kehidupan, dan bukannya otak. Mungkin ramai yang sangsi, tapi cuba tengok artikel di bawah ini.

Menurut Utusan

Statistik daripada kajian itu juga mendapati kira-kira tiga juta daripada 26 juta penduduk negara kita mengalami gangguan mental / jiwa.

Di peringkat antarabangsa pula, kira-kira 450 juta orang di seluruh dunia dikesan mengalami gangguan mental tertentu seperti kemurungan, skizofrenia dan gangguan bipolar. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), daripada jumlah itu, kurang daripada separuh pesakit menerima rawatan yang diperlukan. WHO juga menganggarkan menjelang tahun 2020, penyakit mental dijangka mewakili 15 peratus daripada penyakit global.

Ia kini menjadi penyakit lazim dan statistik tahun 2008 menunjukkan kira-kira 400,227 pesakit mental di Malaysia mendapatkan bantuan psikiatri di hospital-hospital kerajaan. Angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 15.6 peratus berbanding 346,196 pesakit pada 2007.

Aku sendiri pernah rasa macam hampir sakit jiwa. Secara asas, sakit jiwa akan bertumbuh sekiranya ada perkara yg betul2 kita NAK, tapi TAK DAPAT!

Pada pendapat aku, setiap manusia perlu mempunyai belahan jiwa. Ya, BELAHAN JIWA!

Apa itu belahan jiwa?

Belahan jiwa adalah apabila kita TIDAK fokus kepada SATU aspek sahaja..

Apa akibat kalau kita tak belah jiwa?

Apabila kita terlampau fokus kepada SATU aspek, sudah pasti 100% JIWA kita di situ saja. Dan apabila SATU aspek itu hilang, kita akan hilang kawalan.

Secara automatik JIWA jadi KOSONG ! Bila JIWA KOSONG, kita akan patah semangat, putus harapan, lagi senang pulak syaitan nak menghasut. Nak mula balik memang payah, bila dah payah, mudahlah jadi Sakit Jiwa..

Ubatnya satu sahaja iaitu Belahan Jiwa.

#Contoh jiwa tanpa belahan yang mana 100% JIWA difokuskan kepada 1 aspek sahaja.
 100% JIWA untuk awek.
     Kes yang terjadi; awek mati; akibatnya JIWA akan HILANG dan jatuh kepada KOSONG (0%)

    Bila jiwa kosong, akal pun dah tak dapat digunakan secara normal.
     - kesannya mereka akan rasa nak bunuh diri
     - mereka nak bunuh orang

CUBA belahkan jiwa kepada beberapa bahagian.

# Contoh BELAHAN JIWA
50% jiwa kepada Tuhan, 20% jiwa kepada ibu bapa, 10% jiwa kepada kerja, 10% jiwa hiburan dan 10% jiwa kepada awek.
     Kes yang terjadi; awek mati > akibatnya tolak Belahan JIWA kepada awek 10%; kita masih ada 90% baki belahan jiwa.

Apabila kita ada 90% jiwa, jadi insyaAllah tak mustahil untuk kita cover balik Belahan JIWA kepada awek yang hilang 10% tu..

Apa2 pun, manusia yg betul2 kuat, akan memotivasikan diri sendiri bahawa segala yang berlaku ada hikmahnya. Mereka tahu Allah Maha berkuasa atas segala-galanya. Dan manusia yang tidak percaya atau kurang percaya dengan tuhan, pasti kecundang di tengah jalan.

Friday, March 18, 2011

Nak Kahwin?

Aku ni bujang, belum kahwin lagi, masih teruna, dan, belum ada calon lagi.. Sape2 rasa nak masuk meminang, silalah.. Wahhahaha..

Itu hanya mukaddimah. Tapi entri ini memang ada kaitan dengan kahwin. Dan aku lebih fokuskan benda ni kepada orang yang baru nak kahwin, kalau yang dah kahwin, wallahualam..
  
Sejak dua-tiga tahun kebelakangan ini, ramai kawan2 aku yang dah dan akan berkahwin. Bila jadi macam ni, aku mula bertanya kepada diri sendiri. Aku ni macam mana? Bila pulak aku nak kahwin? Apa yang pasti, aku belum bersedia. Mungkin lagi 3 - 4 tahun pun aku masih belum bersedia. Walaupun ada prospek2, aku belum berani mengorak langkah seterusnya.. tapi kalau dah jodoh, itu lain cerita..

Sebut je kahwin, benda2 ni akan muncul ke dalam otak secara automatik.

Sebagai lelaki Islam, kita dibenarkan kahwin lebih daripada 1 atau diberikan istilah poligami. Bole kahwin 2, 3 atau 4.. ikut suka, ikut selera.. tapi bila dah ikut selera, terjadi pulak kawin, cerai, kawin, cerai dan kawin lagi..? Kahwin dah 20 tahun, 30 tahun pun bole bercerai.. itu akibat ikut selera la tu, otak ada tak berapa nak digunakan. Sape aku untuk menceritakan tentang kahwin? Kahwin pun belum.. betul? Tapi tak bermakna semua yg belum kahwin tak bole cerita tentang kahwin.. Aku bagi satu contoh, macam filem Hitch lakonan Will Smith (based on true story), dia sendiri bujang, belum kahwin, tapi dia bole je bukak agensi mencari jodoh, dan rilek je tolong orang jumpa jodoh.. last sekali dia jumpa jugak jodoh dia..

Tujuan aku menulis ni bukanlah kerana apa, tapi aku tengok zaman sekarang ni.. institusi perkahwinan agak goyah.. dan bila sampai bab penceraian, gi mintak nasihat dengan ahli Majlis Agama Islam, deorang tu tau apa je.. bukan deorang faham masalah rumah tangga korang pun.. deorang tu setakat bole nasihat je, selebihnya korang gak yg akan pikir sendiri kan.. Masalahnya, kenapa semua ini berlaku?

Ni kes lain plak, ni kena penangan Indon (baik punya mandrem)

Memang betul ada perkara kita tak boleh ubah, contoh macam jodoh pertemuan, Ajal dan Maut. Bila cerai je, kita akan kata, "dah suratan takdir.." Satu je aku nak tanya, suratan takdir tu kerja kita ke? Itu kerja TUHAN lah. Dan tuhan bagi kita otak, KENAPA tak guna..? bukannya serahkan bulat2 kepada takdir.. aku pernah couple, dan daripada pengalaman2 lalu, aku boleh nampak apa akan terjadi bila aku kahwin nanti. Dua kesilapan yang biasa dibuat dalam sesebuah perhubungan.

  1. Meminta yang bukan2 daripada pasangan. Jangan sesekali MEMINTA LEBIH2 daripada pasangan kita, kita sendiri pun belum tentu sempurna. Kalau tak suka cara dia, break saja.. Tak payah tunggu dah kahwin baru nak menyesal, masa tu dah tak guna. Tiba2 nanti cerai, kalau takde anak takpe, kalau ada anak, tak ke kacau bilau anak tu nanti. Sebelum kahwin, pikir masak2, jangan main kahwin je, cuba pikir apa akan jadi 10 – 20 tahun akan datang. 
  2. Kita rasa apa yang kita buat semua betul. Tapi, apa salahnya kalau dengar pandangan pasangan. Kadang2 pandangan deorang lagi bernas. Jangan degil dan ego sangat.
    Kalau 40 - 50 tahun lepas, majoriti kahwin ikut pilihan mak bapak, elok je selamat sejahtera. Sekarang pulak, majoriti kahwin ikut pilihan sendiri, ramai pulak yang bercerai-berai. Apa kejadahnya semua ini..? Hasil daripada penelitian dan pengamatan, aku ada satu konklusi:

                1. Orang Yang Kahwin Zaman Dulu
    -          Mereka TAK EXPECT APA2 pun daripada pasangan masing-masing. Apa yang mereka fikir, apakah yang mereka boleh berikan kepada pasangan mereka. Dan, mereka tak berapa pikir pun apakah yang pasangan mereka boleh berikan kepada mereka.

    2. Orang Yang Kahwin Zaman Sekarang
    -          Kita EXPECT MACAM2 daripada pasangan masing-masing. Apa yang kita fikir, apakah yang pasangan kita boleh berikan kepada kita. Dan, kita tak berapa nak fikir pulak apa yang kita boleh berikan kepada pasangan kita.

    TARAF HIDUP dah semakin tinggi.. kecik2 dulu beli eskrem 20-30 sen je.. skang mana nak dapat? gaya hidup pun dah berubah. Aku boleh bet CINTA saja tak cukup untuk meneruskan hidup ini. Sape rasa tak betul jom bet ngan aku..

    Mula2 kahwin bolehlah, memang cinta, sayang semua. Masuk 3-4 tahun kahwin, kalo laki tu dah takde duit, nak cinta apa kejadahnya. Anak2 nak makan apa..? Tup tup konpem pompuan tu mintak cerai.. LAST2 laki tu akan pikir balik, kenapa la dulu aku kawin muda sangat..? kan..? Untuk yang perempuan, senang cite, aku cakap awal2, nak hidup senang, cari laki yg berumur sikit, konpem stabil.. mungkin yang sebaya ayah.. atau mak kita..! Zaman sekarang ni, aku tujukan khusus untuk yg perempuan, kalau nak kawin dengan lelaki muda, pikir dulu.. Sebab, lelaki muda terbahagi 2. Golongan pertama, kaya. Kedua, kayap (kurang kaya @ tak kaya). Golongan pertama, kalo korang dapat, memang beruntung badan (bak kata orang2 tua dulu) tapi golongan ni, bole dikira dengan jari je. Golongan kedua, BERLAMBAK..!

    Yakni dgn ini, AKU (secara sukarela mewakili lelaki2 golongan 2) nak beritau kepada kaum pompuan  berkenaan, tolonglah banyak BERSABAR.. kalau ada benda yang korang mintak, tak dapat, janganlah sentap, jangan merajuk.. Korang tau apa yg mamat tu tgh pikir? Korang taktau punya.. biar aku beritau.. sebenanya dalam otak dia, dia tengah pikir, apa akan jadi pada kehidupan dia dan pasangan dalam 10 - 20 tahun akan datang.. Duit nak kena cari, kete, rumah apa segala lagi.. Ada la sesetengah pompuan tu, tau mintak je..

    Kalau dah nak kahwin tu, kahwinlah, tapi, pikir la masak2..

    Ni salah satu kes kawin tak menyabar..

    Ok la setakat tu dulu.. Apa2 pun, korang boleh pikir sendiri.. Ni extra ilmu yang aku nak kongsikan bersama.. Hasil dari pembacaan aku, kalo nak hidup aman dan sejahtera, nak kurangkan masalah dalam hidup, ada 2 perkara yang kita kena INGAT.. :

    1. Ingat kejahatan yang kita lakukan terhadap orang lain
    2. Ingat kebaikan orang lain terhadap diri kita

    Dah ingat 2 perkara, kita KENA LUPAKAN pulak 2 perkara: 
    1.  Lupakan kebaikan yang kita lakukan terhadap orang lain
    2. Lupakan kejahatan orang lain terhadap diri kita

    Masalah tetap akan muncul, kalo takde masalah, bukan hidup namanya, dah mati pun ada masalah menanti.. tapi kalo kita ingat 2 perkara  dan lupakan 2 perkara di atas ni, mudah-mudahan masalah akan berkurangan dan hidup akan lebih sejahtera. 

    Seseorang manusia ni macam kepingan puzzle, kita memerlukan satu sama lain, perlu manusia lain untuk melengkapkan diri kita.. Kau tak lengkap, aku pun tak lengkap, apa kata kita melengkapkan satu sama lain..?

    Friday, March 4, 2011

    Lemau

    Aku rasa lemas, aku rasa rimas.. Semua ni berpunca daripada HR baru di opis ni. Masuk2 je terus hirau-birau opis ni (haru-biru + kacau-bilau). Skang ni pulak, dia terus berada di kedudukan 4 teratas. Cronyism boleh dilihat dengan jelas. Dah dekat 2 minggu aku duk opis, tapi job apa aku akan buat lepas ni masih misteri.

    Aku taktau apa orang lain pikir, tapi, pada saat ini. Setelah lebih setahun aku kerja di kompeni ni, aku rasa macam palat. Orang tgk gah, buat filem untung juta2.. tapi gaji pekerja, masih macam haram.. sape yg kental deorang akan tunggu sampai 7-8 tahun.. dapat la rumah, itu pun entah down-payment je ke hape..

    Aku rasa sekarang ni macam ayam serama duduk dalam sangkar. Nak keluar payah, pastu duduk dalam sangkar pun bukan bole buat apa pun. Rasa cam bingai sekarang ni. Salah sape hah..? aku lemau..

    Wednesday, March 2, 2011

    Fenomena 'last minute' di Malaysia


    28 Februari 2011. Boleh dikatakan hari ini penuh kekacauan di seluruh pelusuk negara. Semua balai polis dan pejabat pos dipenuhi dengan rakyat-rakyat jelata.

    Kenapa hari ini penuh? Sebab stesen2 radio, tv dan surat khabar dah kata, hari ini hari last bayar saman, kalau tak kita kena ‘blacklist’. Kenapa semua heboh nak bayar last minute? Kenapa tak bayar awal..?

    Jawapan2 yang diterima daripada penerima2 saman:

    Awal2 hari tu aku dah cakap dekat boss nak bayar saman, boss aku cakap kat aku, buat apa nak bayar awal2, kan lama lagi.. mmg last day la baru aku bayar
    – brader baju hitam

    Bayar awal2 tak best, tak meriah
     – brader baju oren bertopi

    Aku baru tau hari ni last day, itu pun mak aku bagitau, kalau aku tau aritu, konpem aku bayar dah..
    – staf syarikat produksi

    Rupa-rupanya lanjut pulak lagi 10 hari. Government pun pandai, kalau tak tekankan part last day tu, konpem ramai lagi yg tak bayar.

    Sunday, February 6, 2011

    Membaca Surat Khabar Amalan Jahanam

    Mungkin ramai yang terkeliru dan tak kurang yang akan mencarut bila membaca tajuk di atas. Tapi cuba rilek dulu, baca sampai habis, kalau tak setuju, sila komen. Kalau setuju pun boleh komen jugak.



    Antara sedekad ke dua dekad lepas, slogan ini memang popular, “Membaca Amalan Mulia”. Tapi itu zaman dulu la, zaman Pak Pandir kot aku rasa. Kenapa aku kata macam tu? Jawapannya, kanak-kanak daripada tahap tadika hingga sekolah menengah, belasan tahun, boleh rosak pemikiran mereka bila baca surat khabar hari ini terutama satu akhbar tabloid Bahasa Melayu tu. (Kalo aku sebut kat sini konpem aku kena saman).

    Okay, sebab dan musababnya. Kita tengok surat khabar Melayu la yang utama, baca muka surat depan pun dah cukup, cuba tengok contoh-contoh frasa ini, “…Tak puas seks”, “kena liwat”, “dirogol di ladang getah”, dan “dicabul bomoh”. Cuba fikir bila budak-budak (paling utama sekolah rendah) baca surat khabar ni, mesti dia akan tanya kat mak ataupun ayah dia. Seperti satu kes yang aku tengok sendiri, budak laki ni tanya kat ayah dia, “Ayah, apa maksud liwat?” Dalam Islam, kalau menipu itu berdosa, tak kira dengan alasan apa sekalipun. Tapi nak taknak bapak dia terpaksa gak buat dosa dengan menjawab, “Liwat tu kan.. maksud dia… terlewat pergi kerja…” (Jawapan sebenar yang aku terima daripada seorang ayah kepada anak lelaki berusia 12 tahun) Secara tak langsung, si bapak dah buat dosa dengan menipu anaknya gara-gara surat-khabar sedangkan siang malam dia semayang. Wallahualam..

    Benda ni mungkin nampak remeh-temeh. Tapi, itu baru satu kes, belum jumpa lagi ribuan kes-kes lain seperti ini. Secara logik, kanak-kanak mempunyai tahap ingin tahu yang tinggi. Kes di atas tadi boleh dikira nasib baik sebab budak tu bertanya kepada ayah dia. Tapi zaman sekarang dah lain. Internet dan segala tok nenek tenet dah ada dah. Boleh kata setiap rumah di Malaysia ni mesti ada computer, dah ada computer, takkan tak pasang internet pulak kan. Aku rasa korang sendiri pun dah boleh pikir apa akibatnya? Ya, cuba pikir kebarangkalian budak-budak ni tak bertanya kepada mak bapak deorang. Cuba teliti dan amati, budak-budak sekarang dah lagi pandai daripada tok nenek kita, henpon, computer semua deorang dah tau guna.  Bila tak paham je, google kat tenet, tak paham je, google. Bukan susah pun. Taip je, “liwat”, “seks”. Sah-sah terus dapat jawapan. Kalo tak pun, kat sekolah mesti deorang dapat jawapan punya (tapi bukan daripada cikgu).

    Apa akibatnya? Kenapa semakin ramai anak luar nikah dilahirkan? Kenapa banyak bayi terbuang hari ini?
    Lu pikirlah sendiri.. (kredit to Nabil – Raja Lawak) Jangan saman ye..