Sunday, February 6, 2011

Membaca Surat Khabar Amalan Jahanam

Mungkin ramai yang terkeliru dan tak kurang yang akan mencarut bila membaca tajuk di atas. Tapi cuba rilek dulu, baca sampai habis, kalau tak setuju, sila komen. Kalau setuju pun boleh komen jugak.



Antara sedekad ke dua dekad lepas, slogan ini memang popular, “Membaca Amalan Mulia”. Tapi itu zaman dulu la, zaman Pak Pandir kot aku rasa. Kenapa aku kata macam tu? Jawapannya, kanak-kanak daripada tahap tadika hingga sekolah menengah, belasan tahun, boleh rosak pemikiran mereka bila baca surat khabar hari ini terutama satu akhbar tabloid Bahasa Melayu tu. (Kalo aku sebut kat sini konpem aku kena saman).

Okay, sebab dan musababnya. Kita tengok surat khabar Melayu la yang utama, baca muka surat depan pun dah cukup, cuba tengok contoh-contoh frasa ini, “…Tak puas seks”, “kena liwat”, “dirogol di ladang getah”, dan “dicabul bomoh”. Cuba fikir bila budak-budak (paling utama sekolah rendah) baca surat khabar ni, mesti dia akan tanya kat mak ataupun ayah dia. Seperti satu kes yang aku tengok sendiri, budak laki ni tanya kat ayah dia, “Ayah, apa maksud liwat?” Dalam Islam, kalau menipu itu berdosa, tak kira dengan alasan apa sekalipun. Tapi nak taknak bapak dia terpaksa gak buat dosa dengan menjawab, “Liwat tu kan.. maksud dia… terlewat pergi kerja…” (Jawapan sebenar yang aku terima daripada seorang ayah kepada anak lelaki berusia 12 tahun) Secara tak langsung, si bapak dah buat dosa dengan menipu anaknya gara-gara surat-khabar sedangkan siang malam dia semayang. Wallahualam..

Benda ni mungkin nampak remeh-temeh. Tapi, itu baru satu kes, belum jumpa lagi ribuan kes-kes lain seperti ini. Secara logik, kanak-kanak mempunyai tahap ingin tahu yang tinggi. Kes di atas tadi boleh dikira nasib baik sebab budak tu bertanya kepada ayah dia. Tapi zaman sekarang dah lain. Internet dan segala tok nenek tenet dah ada dah. Boleh kata setiap rumah di Malaysia ni mesti ada computer, dah ada computer, takkan tak pasang internet pulak kan. Aku rasa korang sendiri pun dah boleh pikir apa akibatnya? Ya, cuba pikir kebarangkalian budak-budak ni tak bertanya kepada mak bapak deorang. Cuba teliti dan amati, budak-budak sekarang dah lagi pandai daripada tok nenek kita, henpon, computer semua deorang dah tau guna.  Bila tak paham je, google kat tenet, tak paham je, google. Bukan susah pun. Taip je, “liwat”, “seks”. Sah-sah terus dapat jawapan. Kalo tak pun, kat sekolah mesti deorang dapat jawapan punya (tapi bukan daripada cikgu).

Apa akibatnya? Kenapa semakin ramai anak luar nikah dilahirkan? Kenapa banyak bayi terbuang hari ini?
Lu pikirlah sendiri.. (kredit to Nabil – Raja Lawak) Jangan saman ye..