Thursday, September 16, 2010

Bukan Semua Filem dan Drama adalah Lakonan Semata-Mata

Selama ni, kita seringkali melihat di kaca televisyen ataupun ketika tayangan di pawagam, akan tertulis:

"Lakonan ini tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia, semua ini hanyalah lakonan semata-mata"

Salah satu babak dalam drama Epilog Syurga Cinta

Seorang pengarah pernah mengatakan, "Pelakon terbaik bukannya berlakon!" Mungkin ada yang tak faham dan mungkin ada yang terpinga-pinga dengan ayat ni.

Bila bekerja di belakang tabir ni, banyak perkara yang aku perhatikan. Sebenarnya semua pengarah tidak mahu para pelakon berlakon, mereka mahu pelakon menyampaikan apa yang mereka rasa kepada penonton, ataupun in English, 'feel'. Sama ada gembira, marah, sayang, geram, sebak ataupun cemburu. Semua ini perlu dirasa dalam hati sebelum terpancar secara automatik melalui riak dan air muka pelakon. Bila pelakon tiada 'feel' maka secara automatik pelakon itu akan kaku. Para penonton sendiri boleh melihat perkara ini.

Fikir secara logik, 'feel' ni bukan boleh dibuat2. 'Feel' datang daripada perasaan sebenar seorang pelakon. Dengan jelas kita boleh nampak di sini, mereka bukan berlakon tapi mereka menyampaikan apa yang mereka rasa kepada penonton. Melalui pemahaman, mereka dikatakan 'berlakon', tetapi secara saintifik, mereka sebenarnya menyampaikan perasaan mereka.

Jika 'feel' para pelakon dapat dicapai dengan baik, para penonton sendiri dapat merasakan 'aura' perasaan para pelakon. Sebagai contoh, pasti ramai yang berasa geram dengan sikap 'Si Tanggang' lakonan Senator Jins Samsuddin ketika menghalau ibunya dari kapal. Selain itu, pasti ramai yang menyumpah Salleh Kamil yang bawa watak pemuda yang tidak mahu mengikut ajaran agama Islam & menderhakai ibunya dalam filem tahun 1960, 'Isi Neraka'. Last skali dia ditelan bumi. Walaubagaimanapun, jika 'feel' itu sudah terlampau boleh memberikan kesan negatif. Para penonton yang merasakan aura lakonan ini pasti berasa geram dengan lakonannya, dan menyumpah ketika dia ditelan bumi seperti, "Memang padan dengan muka dia, jahat sangat". Jika lebih 40 orang cakap seperti itu, akan menjadi satu doa. Mungkin suratan ataupun kebetulan, selepas lakonan itu, Salleh Kamil terus menjadi lumpuh.

Poster Filem 'Isi Neraka'
Di luar negara, ramai yang memuji dan teruja dengan lakonan Heath Ledger yang membawakan watak 'Joker', seorang psiko dalam filem 'The Dark Knight'. Untuk menjiwai watak dan mendalami jiwa seorang psiko, Ledger telah mengurung diri di dalam hotel selama sebulan, demi merangka postur iaitu gerak badan watak, suara dan personaliti, dan menyimpan diari, yang mana merakam segala fikiran dan perasaan Joker. Walaupun menyifatkankannya agak sukar, tapi Ledger berjaya mencipta suara Joker yang tak menyamai watak Joker lakonan Jack Nicholson dalam filem Tim Burton tahun 1989 bertajuk Batman. Setelah itu, dia berjaya membawa watak Joker dengan penuh berjaya. Namun, tak tahu apa yang tak kena, selepas tamat penggambaran filem itu, dia telah mati kerana overdose dadah.
Mendiang Heath Ledger
Ada cerdik pandai pernah mengatakan, "A job is not just a job, it is who you are". Ataupun untuk lebih senang faham, kerja kita melambangkan diri kita. Cuba kita tengok balik, apakah kerja kita?