Sunday, November 21, 2010

Bahasa Mencerminkan Bangsa [luar perspektif normal]

Adakah aku ni Melayu yang mendaulatkan bahasa ibunda aku? Sedikit, tapi tak banyak. Sebab apa?

Bila aku kaji2 dan selidik,  Bahasa Melayu ni sebenanya kurang relevan. Aku bukan nak kata Bahasa Melayu ni teruk, tapi bahasa ni kurang efektif terutamanya yang melibatkan Bahasa Melayu formal.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang rata2 semua cakap formal, pun orang kata lembab. Contoh yang aku dengar daripada krew2 sambilan, shooting telemovie biasa yang ambil masa seminggu boleh jadi sampai sebulan.

Aku tak berapa setuju dengan tajuk akhbar ini


Mesyuarat dalam Bahasa Melayu akan jadi 3 atau 4 kali ganda lebih perlahan daripada mesyuarat dalam Bahasa Inggeris. Semua ni kita boleh tengok melalui analisis di bawah:

 BAHASA MELAYU                            BAHASA INGGERIS
1. Melayu - 3 suku kata                       1. Malay - 2 suku kata
2. Inggeris - 3 suku kata                       2. English - 2 suku kata
3. Mesyuarat - 4 suku kata                   3. Meeting - 2 suku kata
4. Bagaimana - 4 suku kata                  4. How - 1 suku kata
5. Kuda - 2 suku kata                          5. Horse - 1 suku kata
6. Pertarungan - 4 suku kata                 6. Duel - 1 suku kata
7. Telefon bimbit - 4 suku kata              7. Handphone - 2 suku kata


Paling best tengok kat nombor pun kita boleh nampak dah:

1. Satu - 2 suku kata                                  1. One - 1 suku kata
2. Dua - 2 suku kata                                   2. Two - 1 suku kata
3. Tiga - 2 suku kata                                   3. Three - 1 suku kata
4. Empat - 2 suku kata                               4. Four - 1 suku kata
5. Sembilan - 3 suku kata                           5. Nine - 1 suku kata
6. Sepuluh - 3 suku kata                             6. Ten - 1 suku kata
7. Dua belas - 4 suku kata                          7. Twelve - 1 suku kata
8. enambelas - 4 suku kata                         8. sixteen - 2 suku kata
9. Dua puluh - 4 suku kata                         9. Twenty - 2 suku kata

Bandingkan pulak ngan Bahasa German

Bahasa Melayu                                        Bahasa German
1. Satu (2 suku kata)                        1. Eins (1 suku kata)
2. Dua (2 suku kata)                         2. Zwei (1 suku kata)
3. Tiga (2 suku kata)                         3. Drei (1 suku kata)
4. Empat (2 suku kata)                      4. Vier (2 suku kata)
5. Lima (2 suku kata)                        5. Funf (1 suku kata)
6. Sembilan (3 suku kata)                  6. Neun (1 suku kata)
7. Sepuluh (3 suku kata)                    7. Sehn (1 suku kata)
8. Sebelas (3 suku kata)                    8. Elf (1 suku kata)
9. Dua belas (4 suku kata)                 9. Zwolf (1 suku kata)
10. Sembilan belas (5 suku kata)      10. Neunsehn (2 suku kata)
11. Dua puluh satu (6 suku kata)      11. Eins und zwanzig (4 suku kata)


Aku boleh bet la, dua mesyuarat yang sama isi kandungannya tetapi satu buat dalam Bhs Melayu satu lagi English atau German, konfem yg English atau German tu akan habis dulu.

Kita tak boleh salahkan sesiapa dalam perkara ini. Kalau nak salahkan pekerja2 sebab datang lambat, tengok la dulu Perdana Menteri kita, berapa kali dia datang function betul2 tepat pada masanya? Boleh kira dengan jari pun sebenanya. Nak salahkan dia? Bukan salah dia pun, benda ni memang dah jadi budaya kita. Tengoklah bahasa, tercerminlah bangsa..

Wednesday, November 17, 2010

Gerak Hati

'Ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa.' Itulah pepatah orang2 tua dahulu yang sering kita praktikkan hingga ke hari ini. Jadi nak hidup mudah dan aman, ikutlah akal.

 
Walaubagaimanapun, ada masa dan ketika, aku memang tak bersetuju langsung dengan pepatah ini, dan ada masanya, memerlukan kita mengikut gak gerak hati atau in English dipanggil hunch / intuition / instinct. Hal ini adalah atas fakta berdasarkan beberapa insiden yang aku alami sendiri. Begini kronologi insiden-insiden tersebut:

1. September 2008. Lokasi: Pejabat Asia Media Content, Phileo Damansara 1. Masa ni aku praktikal kat production house ni. Masa nak balik, waktu tu dah malam. Sedar2 helmet ARC aku hilang. Mahal tu.. apa kejadah betul la.. Kedai motor semua dah tutup, nak taknak, aku memang kena balik, takkan nak tidur kat kaki lima kot, memang tak masuk akal la kan. Nak tidur kat opis, opis plak dah tutup. Tanpa bertanya kepada sesapa, aku NEKAD meredah highway NKVE. Dan hasilnya, aku berjaya sampai ke Shah Alam. TANPA helmet.

2. Antara Julai - Ogos 2009. Lokasi: Jabatan Perangkaan Malaysia, Seksyen 9, Shah Alam. Masa ni aku keje kontrak buat banci. Nak buat camne, lain yang aku mintak lain yang dapat. Tapi tak kisah la kan. Yang penting, halal.. Jadi, cerita dia, masa aku nak balik petang tu. Tup tup, helmet aku hilang lagi. Memang ba**. Padahal helmet 'seteng' je (helmet separuh yang macam cengkerang kura-kura tu), itu pun nak rembat ke, kalo helmet ARC ke, KHI ke, berbaloi la gak kalo nak rembat kan. Masa ni ada la beberapa member kat situ. Aku tanya, sume kata memang tak bawak helmet lebih. Betul la tu, aku pun tak bawak gak helmet lebih, bukan nak angkut sesape pun. Aku pun berkata kat deorang aku kata nak redah je, tapi ada la plak member aku kata, jangan, nanti kena saman kang. Aku nak redah gak, padahal dalam hati ada rasa was-was sket. Daripada Seksyen 9, aku berjaya lalu Seksyen 11, Seksyen 10, Seksyen 3, Seksyen 2 dan bila dah sampai kat traffic light terakhir sebelum rumah aku kat Seksyen 7. Ngam-ngam datang 2 pegawai polis uniform biru menunggang 2 motosikal berlainan. Pendek kata, hari tu, aku kena saman.

3. Pertengahan 2010. Lokasi: Ampang Point. Masa ni nak gi main futsal kat area2 situ gak ngan kru produksi Epilog Syurga Cinta. Aku ngan Fariz (member aku) tunggu kat Ampang Point sementara menunggu orang amik. Kemudian, sampailah Che Mat (Art Director) dengan Keloi (Prop Man). Elok2 ngam sebelum nak masuk van tu, Fariz cakap kat aku, ko taknak bawak helmet ke Min? Apa jawapan aku..? Ya.. seperti biasa, aku yg memang dah malas kata, takde apa kot, sebab aku dah ikat baik punya bawah sit motor tu. Aku pun naik je van tapi dalam hati rasa mcm tak best. Balik je lepas abes futsal, memang sah, lagi-lagi helmet aku hilang. Helmet ARC. Di tengah malam itu, kebiadapan pencuri helmet itu berjaya membuat aku nak merembat helmet lain ketika keterdesakan di tengah malam itu. Tapi aku dah pulangkan balik helmet tu di hari lain.

4. Terbaru, bulan 10 2010. Lokasi: Summit. Aku pakai helmet KHI yang baru tak sampai berapa bulan. Masa ni gi hantar member keje kat Summit. Sampai2 tu dia kata, taknak tengok wayang dulu ke..? Dia ni kalo tanya, aku memang dah tau dah, mesti free punya. Aku pun nak naik la.. Pastu dia ni pegi tanya, taknak bawak helmet ke.. Aku kata, jangan tegur, satgi aku lempang kang.. Pastu dia kata, oh okay. Lepas abes je aku tgk cite Enthiran lakonan Rajnikanth, sampai je kat motor, helmet KHI yang aku ikat bawah sit motor, kena rembat. Satu lagi helmet yang murah sket, harga dalam 40-50 hengget (tak ikat) tak kena rembat. Memang biadap...

NILAI-NILAI MURNI & MORAL (ceh!)

Kira2 balik, boleh dikatakan kerugian aku hampir mencecah RM400 angkara taknak ikut gerak hati...

Senang cerita, janganlah berasa malas untuk membawa helmet ke mana-mana. Dan, janganlah berasa takut untuk mengikut gerak hati. Tapi kalo gerak hati suh gi bunuh orang, jangan la jadi bodoh gi ikut plak kan. Ikut common sense la bak kata orang putih, kalau gerak hati yang boleh buat benda positif, tak salah kalau kita ikut kan.

P/S: Seorang ibu, mempunyai gerak hati / naluri termantap. Seorang ibu boleh membezakan antara batuk biasa seorang anak dengan penyakit kronik seperti meningitis atau sepsis walaupun tidak tahu langsung tentang sains. Pernah diceritakan dengan hanya naluri seorang ibu, berjaya menyelamatkan nyawa anaknya yang sakit teruk. Diceritakan Dr Matius Thompson, seperti dikutip dari Dailymail.

Thursday, September 16, 2010

Bukan Semua Filem dan Drama adalah Lakonan Semata-Mata

Selama ni, kita seringkali melihat di kaca televisyen ataupun ketika tayangan di pawagam, akan tertulis:

"Lakonan ini tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia, semua ini hanyalah lakonan semata-mata"

Salah satu babak dalam drama Epilog Syurga Cinta

Seorang pengarah pernah mengatakan, "Pelakon terbaik bukannya berlakon!" Mungkin ada yang tak faham dan mungkin ada yang terpinga-pinga dengan ayat ni.

Bila bekerja di belakang tabir ni, banyak perkara yang aku perhatikan. Sebenarnya semua pengarah tidak mahu para pelakon berlakon, mereka mahu pelakon menyampaikan apa yang mereka rasa kepada penonton, ataupun in English, 'feel'. Sama ada gembira, marah, sayang, geram, sebak ataupun cemburu. Semua ini perlu dirasa dalam hati sebelum terpancar secara automatik melalui riak dan air muka pelakon. Bila pelakon tiada 'feel' maka secara automatik pelakon itu akan kaku. Para penonton sendiri boleh melihat perkara ini.

Fikir secara logik, 'feel' ni bukan boleh dibuat2. 'Feel' datang daripada perasaan sebenar seorang pelakon. Dengan jelas kita boleh nampak di sini, mereka bukan berlakon tapi mereka menyampaikan apa yang mereka rasa kepada penonton. Melalui pemahaman, mereka dikatakan 'berlakon', tetapi secara saintifik, mereka sebenarnya menyampaikan perasaan mereka.

Jika 'feel' para pelakon dapat dicapai dengan baik, para penonton sendiri dapat merasakan 'aura' perasaan para pelakon. Sebagai contoh, pasti ramai yang berasa geram dengan sikap 'Si Tanggang' lakonan Senator Jins Samsuddin ketika menghalau ibunya dari kapal. Selain itu, pasti ramai yang menyumpah Salleh Kamil yang bawa watak pemuda yang tidak mahu mengikut ajaran agama Islam & menderhakai ibunya dalam filem tahun 1960, 'Isi Neraka'. Last skali dia ditelan bumi. Walaubagaimanapun, jika 'feel' itu sudah terlampau boleh memberikan kesan negatif. Para penonton yang merasakan aura lakonan ini pasti berasa geram dengan lakonannya, dan menyumpah ketika dia ditelan bumi seperti, "Memang padan dengan muka dia, jahat sangat". Jika lebih 40 orang cakap seperti itu, akan menjadi satu doa. Mungkin suratan ataupun kebetulan, selepas lakonan itu, Salleh Kamil terus menjadi lumpuh.

Poster Filem 'Isi Neraka'
Di luar negara, ramai yang memuji dan teruja dengan lakonan Heath Ledger yang membawakan watak 'Joker', seorang psiko dalam filem 'The Dark Knight'. Untuk menjiwai watak dan mendalami jiwa seorang psiko, Ledger telah mengurung diri di dalam hotel selama sebulan, demi merangka postur iaitu gerak badan watak, suara dan personaliti, dan menyimpan diari, yang mana merakam segala fikiran dan perasaan Joker. Walaupun menyifatkankannya agak sukar, tapi Ledger berjaya mencipta suara Joker yang tak menyamai watak Joker lakonan Jack Nicholson dalam filem Tim Burton tahun 1989 bertajuk Batman. Setelah itu, dia berjaya membawa watak Joker dengan penuh berjaya. Namun, tak tahu apa yang tak kena, selepas tamat penggambaran filem itu, dia telah mati kerana overdose dadah.
Mendiang Heath Ledger
Ada cerdik pandai pernah mengatakan, "A job is not just a job, it is who you are". Ataupun untuk lebih senang faham, kerja kita melambangkan diri kita. Cuba kita tengok balik, apakah kerja kita?

Tuesday, August 24, 2010

Satu hari di Ramadhan 2010


Hari ini, 23 Ogos 2010, pertama kali dalam hidup aku, masa tengahari tadi, mata aku berpinar-pinar dan hampir pitam. Hal ni berlaku masa aku tengah sediakan gambar-gambar yang akan dimasukkan dalam babak Epilog Syurga Cinta yang penuh cabaran dan kontroversi ni.
Aku dah dua-tiga hari selesema, nak kata demam tak la demam. Aku minum la air suam berapa banyak pun, makan ubat, tak hilang gak selesema ni. Jadi tadi aku dah tension ngan selesema ni, terus aku ke sinki nak menghembuskan hingus, yang paling utama hidung sebelah kiri aku yang tersumbat tahap kritikal. Jadi tadi aku ke sinki, aku bukak paip, aku tutup hidung belah kanan, lalu aku menghembuskan hingus sekuat hati!
Secara tiba-tiba, telinga sebelah kiri aku plak tersumbat, mata aku berpinar-pinar, aku tengok alam sekeliling berputar-putar. Pada ketika dan saat itu, aku beristighfar banyak-banyak dan secara automatik pelbagai perkara bermain di kotak fikiran aku, aku teringat kat mak bapak aku, opah aku, adik-adik dan kawan2 aku. Aku tak boleh mati lagi ni, kalau aku mati, camne aku nak balas jasa mereka semua, dah la harta pun takde, mati bodoh la aku jawabnya. Tapi kalau Tuhan nak cabut nyawa aku masa tu, aku redha, aku mgkn tak dapat masuk syurga, tapi aku harap Allah tak masukkan aku ke neraka paling jahanam. Dan aku cuma dapat berharap mak bapak, keluarga aku tak sedih dengan pemergian aku. Aku harap mereka redha.
Walaubagaimanapun, dalam berpinar-pinar tu sempat aku pergi kepada kawan2 aku, deorang memang nampak muka aku pucat dan peluh-peluh ranik mengalir di muka aku. Aku cakap aku nak pitam, sorang kawan aku, Rozaime, terus suruh aku duduk lalu dia tepuk kuat2 dan gosok belakang aku. Alhamdulillah, mata aku berhenti berpinar-pinar dan aku stabil balik, aku amat bersyukur kepada Allah. Aku taktau la apa jadi kalau aku seorang diri tadi. Astaghfirullahalazim.
Rasa macam tuhan nak tunjuk sesuatu kepada aku. Dan aku harap aku jadi manusia yang lebih baik selepas ini.
Subhanallah…

Wednesday, July 7, 2010

Faiz dan labu-labunya

Cerita yang aku nak ceritakan ni adalah cerita tipikal, dan lebih menjurus kepada masyarakat Melayu.
Tujuan aku hanya nak bercerita..
Sape2 rasa masa mereka akan terbazir untuk 5 minit berikut, bolehlah beredar daripada blog ini.

Ok, aku cerita secara menyeluruh dulu, bermula 21 Jun 2010 hingga 1 Julai 2010, aku telah berada di Sungai Haji Dorani di Sungai Besar. Sungai Besar merupakan satu daerah antara Sekinchan dan Sabak Bernam. Aku berada di sana kerana mengikuti penggambaran Epilog Syurga Cinta - drama bersiri 28 episod yang akan ditayangkan di TV3 menerusi Slot Akasia. Jangan salah faham, aku bukannya nak promote drama ni.. Ok, begini kronologi ceritanya...

21 Jun 2010
1700 : Aku menunggu Badrul Haishaam (lebih dikenali sebagai Bad Musibat) untuk ambil aku di Shah Alam. Bad merupakan jurugegas untuk drama ini
1800 : Aku naik van yang dipandu Bad. Turut ada sama si A.G. penolong pengarah merangkap kontinuti utama drama ini. Ketika dah lepas Klang, tiba2 Faiz, assistant wardrobe sms Bad minta tolong ambil dia di Puncak Perdana. Ketuanya si Syafiq dah tinggalkan dia sebab dia lambat. Bad kata tak dapat ambil kerana kami tidak melalui kawasan tersebut. Jadi tinggallah si Faiz.
2045 : kami sampai ke lokasi penginapan (Homestay Sungai Haji Dorani)
2130 : Aku keluar dengan krew untuk membeli barang2 mandian.
2245 : Kami balik ke homestay (ketika ini krew2 bagi bahagian teknikal dah ada) Setelah kami bersalaman. Salah seorang krew bertanya tentang Faiz, Syafiq kata dia terpaksa tinggalkan Faiz kerana dia dah tunggu setengah jam tapi Faiz tak sampai2. Tiba2 Rozaimi (bahagian teknikal) kata dia kata baru je salam dengan Faiz masa dia sampai tadi, lebih kurang sejam sebelum itu. Aku kata lebih kurang begini, "Faiz mana ada sampai lagi la, Bad tak ambik dia, lambat sgt dia btau pun.. jadi tak sempat nak ambik.. Syafiq pun tak ambik.. tak percaya tanya Syafiq". Syafiq kata, "A'ah, aku mana ada ambik dia.. dia kata esok baru dia datang.." Aku kata, "Ko biar betul Mi, ko salam ngan sape?" Rozaimi kata, "....."

22 Jun 2010
0730 : Faiz sampai di Homestay Sungai Haji Dorani.
1000 : Faiz tak tahu menahu perkara itu. Rozaimi rasa mungkin dia berkhayal kot semalam. Dia malas nak ingat.

Selepas itu, kami menjalani penggambaran seperti biasa.

1 Julai 2010
2245 : Aku ngan Syafiq minta tolong Bad bawak kami ke bank sebab duit dah tak berapa nak ada dalam wallet. Sebab lepas abes shoot, dah nak balik ke rumah masing2. Shooting dijangka abes ewat tengah malam.
2315 : Di CIMB, aku dah cucuk duit. Aku duk kat sit sebelah Bad. Kemudian Syafiq masuk, duduk sit belakang. Pastu Bad tanya, "Mana sorang lagi..?" Aku kata, "What ta f**k, ko main2 eh.. aku belasah ko jap gi.." (aku memang tau si Musibat ni memang suka buat lawak2 bodoh camni) "Eh betul la.. Kan tadi 3 orang tadi.." Syafiq, "Apada, 2 orang je la". Bad, "Betul.. 3 orang tadi.. sorg lg yg assistant ko tu (menghadap Syafiq) Aku mencelah.. "si Faiz?" Bad, "A'ah.. kan dia ikut tadi..?" Aku cakap, “Betul ke ni, sumpah?” Bad kata, “Sumpah, demiAllah” dengan muka serius tahap maksimum.
Ketika itu Bad bukak cerita, di set, masa kami nak berjalan ke van, Bad bawak batang pancingnya sambil main torchlight. (jarak lokasi penggambaran dan van dalam 20 meter melalui satu jalan gelap di tengah2 sawah) Masa tu aku dengan si Syafiq dah berjalan di depan. Dia nampak Faiz kat sebelah, "Eh, dua2 ikut ni sape nak jaga set..?" (Dua2 merujuk kepada Syafiq dan Faiz yang merupakan bahagian wardrobe [pakaian] ). Faiz jawab sepatah perkataan, "Takpe.."  Yang pasti, Faiz masih berada di dalam rumah tersebut.

Si Badrul sebelum kejadian..

Yang peliknya, aku dgn Syafiq takde pulak dengar Bad bercakap masa berjalan kat tengah sawah. Aku pun takde plak rasa macam nak menoleh ke Bad masa berjalan seiring dengan Syafiq masa tu kat tgh sawah tu. Masa dalam van, Bad takde plak nak tengok belakang. Pelik betul la..
Entahlah, aku pun kadang2 nak gak tengok benda2 ni.. tapi Dia bagi orang lain yg nampak.. Yang pastinya, masa dalam van tu, kami layan lagu rock kapak Amy Search dengan volume tahap super..

Wednesday, April 28, 2010

Binatang Peliharaan

Dalam minggu lepas, aku ada shooting kat Hulu Langat. Hal ini kerana Encik Azahari kat bahagian PR mintak aku jadi jd production assistant utk Adnan Sempit, tapi last2 aku jadi assist prod. manager. Aku pun belasah je..

Itu bukan point utama aku.. tapi masa aku shooting kat rumah Batu 18, Hulu Langat aritu, aku perasan banyak kucing. Korang jangan terkejut... Aku rasa bila aku cakap benda ni, mungkin korang rasa aku gila, tapi aku tak kisah.. mgkn juga aku gila.. lagipun memang tiap2 tahun ada je penambahan orang mental kat dunia ni..

Hal ini sebenarnya berkaitan dengan sikap kucing ni. Kebanyakan yang bela kucing ni orang Melayu. Dan bila aku tengok sikap kucing ni, ada resemblance sikap Melayu..Antaranya:-

Suka menggesel = kipas Boss
Usha pelik = memang suka usha pelik
Lari bila tengok orang = Takut dengan sesuatu yg tak tentu
Mencakar satu sama lain = bergaduh sesama Melayu

dan beza pula dengan anjing, yang banyak dibela oleh Cina. Cina ni byk resemblance sikap anjing. Antaranya:

patuh kepada tuan = dengar cakap boss
menyalak bila nampak sesuatu = report kepada boss apa2 hal
melakukan apa yg disuruh = patuh boss
jarang nampak anjing bergaduh, kadang bergerak ramai2 = cina memang jarang gaduh sesama seniri.. dan teamwork deorang terbaik..

anjing dengan kucing dikatakan selalu bergaduh, seperti kaum cina dan kaum melayu juga.. haha.. tapi ada juga anjing yang baik dengan kucing dan sebaliknya..

pikir2 la ye.. ahaha

Tuesday, February 2, 2010

Ceritera hari ini

Perbezaan antara genius dan gila hanyalah satu garisan, dan aku bukan genius.

Tuesday, January 26, 2010

2010 - Tahun Harimau

Sebenarnya aku nak tulis ni awal2 tahun aritu tapi tak berkesempatan pulak.. Baru kali ni ada masa sikit.. Sementara aku ada kat ofis ni aku curi time jap menulis..



Tahun ni, 2010, datang lagi satu tahun baru. Biasanya ramai yang akan pasang azam untuk tahun baru kan.. mesti punya lah.. tahun baru, azam pun mesti baru! Aku pun tak terkecuali.. tapi seingat aku kan, biasa macam tahun2 lepas, tak sampai beberapa lama azam ni akan pudar sikit2.. Last2, ntah ke mana pegi.. Mgkn ada sesetengah yg menjadi.. Tapi byk lagi azam yg akan hilang camtu je.. hampeh..

Tapi, bagi aku kan, tahun ni aku rasa lain sikit, atmosphere dia lain macam.. Lain macam macam mana tu, aku tak tau plak nak explain macam mana.. tapi aku rasa la kan, antara sbbnya.. umur makin meningkat, otak makin sendat.. haha..

kebetulan pulak, kalau ikut kalendar Cina, tahun ni tahun harimau, yakni tahun kelahiran aku.. Pastu, ada pakar2 feng shui kata tahun ni feng shui dia 'padu' untuk sape lahir tahun harimau ni.. wallahualam la kan.. tapi kalo bole aku nak try the best dalam kerjaya aku.. mana tahu kot-kot nanti dapat bonus.. angkut pulak Ferrari sebijik.. fuhh! uhuhu..

Apa-apa pun, aku nak menyeru kepada semua 'Tigers' (yakni yang lahir tahun harimau) mari kita pulun seboleh yg mgkn tahun ni.. yarghh!!