Monday, August 25, 2008

Tragediku & Member2

Kisah ini bermula dalam 2 minggu lepas, yakni pada 12 Ogos 2008. Malam itu, setelah 2 bulan lebih aku follow shooting Dendam, lebih kurang pada jam 10.45 p.m, aku baru sahaja selesai mengikuti shooting drama bersiri Dendam di sebuah banglo mewah 3 tingkat di Sungai Way, Petaling Jaya. Seperti biasa, selaku pelatih merangkap pembantu pengurus produksi, aku akan pulang antara yang paling lewat. Selepas semua krew dan pengarah pulang, aku menghidupkan enjin motosikal Kristar untuk pulang dan seperti kebiasaan, aku akan melalui Lebuhraya Persekutuan. Ketika dalam perjalanan, bila bawak motor sorang2, pelbagai perkara muncul di benak fikiran pada masa tu, antaranya, kenapalah praktikal aku ni complicated sgt smpi kena pulang lewat malam, member2 aku rilek je. Ditambah plak aku baru je lepas putus dengan awek. Selain tu, tambah plak dgn masalah2 sampingan lain, dan perkara akhir yg aku ingat adalah, banyak gila masa aku terbazir kat jalan raya! Kekusutan otak semakin meningkat dan kalo bole diukur guna pengukur suhu, bole dikatakan smpi 90 darjah celcius. Oleh itu, sebab taknak membazirkan masa di jalan raya, aku mengambil keputusan untuk memecut. Daripada 80km/j meningkat mendadak ke 90km/j sehinggalah melebihi 110 km/j. Tanpa menoleh ke belakang dan dalam otak aku kekusutan, pemecutan aku tidak berkurang dan aku rasa seperti raja di jalanan ataupun burung yang terbang bebas di angkasa. Dengan kelajuan begitu dan fikiran aku melayang, tiba2 motosikal aku terlanggar sesuatu, sekilas pandang, nampak seperti timbunan kayu dan papan, secara automatik aku hilang keseimbangan lalu jatuh menyembah jalan raya. Motosikal aku terseret kira-kira 8-10 meter. Tiada apa yang aku ingat, melainkan menunggu maut tiba. Mujur takde kereta yg menghentam aku dari belakang. Setelah habis terseret, aku terus mengangkat motor ke tepi jalan dan ketika itu rasa kesakitan yang tidak terperi muncul. Jaketku carik habis, kedua-dua tapak tanganku koyak, kecederaan di siku plak tak kurang dalam. Apa yang aku nampak adalah lelehan darah pekat di kedua-dua tanganku. Tanpa membuang masa, aku tengok apa yg aku langgar, kelihatan seperti kayu untuk membuat rumah, dan aku terus call handyman iaitu salah seorg krew di tmpt aku keje. Dia kata dia datang dengan kawan dia. Sementara menunggu, aku dapat merasakan betapa dinginnya malam itu dan jelas kelihatan jari-jariku menggeletar kesakitan dan kesejukan. Hampir setengah jam menunggu, akhirnya dia muncul. Selepas itu aku terus membuat rawatan di PPUM.

Cerita ni tak habis di situ saja, petang semalam, budak serumah aku, Tengku turut eksiden kerana terlanggar bontot kete lain yang berhenti mengejut, mujur beliau tak mengalami kecederaan, yang cedera adalah fulus beliau yg akan dikeluarkan. Arini plak, tengahari tadi, si Cembam (bukan nama sebenar) dan seorang lagi rakanku, si Z eksiden dalam UiTM ketika menghala ke fakulti mass comm. Ketika itu, ada kereta nak masuk ke kanan, Cembam pun lalu belah kanan gak, tapi Cembam tak nampak signal kereta tu dan akibatnya, kereta itu menghimpit moto Cembam. Perkara ajaib berlaku, si Z sempat melompat daripada motor berkenaan dan tidak mengalami kecederaan serius melainkan sengal di badan. Hanya Cembam yang jatuh dengan motor Hondanya, dan sport rim tayar depannya lingkup. Mujur Cembam pun tak mengalami kecederaan serius. Apa yg menarik, si Z sempat bertanya kepada Cembam, ko ok ke? Haha. Memang hensem.

Itulah dia cite ku pada arini, pada pendapat aku, takde sape yg bersalah sepenuhnya,
semua ni qada dan qadar. Apa yg menjadi persoalan skang, adakah skang musim eksiden? Dah macam penyakit, berjangkit plak. Apa yg aku harap adalah, janganlah ada sape2 kawan2 yg eksiden lagi lepas ni. Semoga semua aman makmur. Adios =)