Tuesday, August 24, 2010

Satu hari di Ramadhan 2010


Hari ini, 23 Ogos 2010, pertama kali dalam hidup aku, masa tengahari tadi, mata aku berpinar-pinar dan hampir pitam. Hal ni berlaku masa aku tengah sediakan gambar-gambar yang akan dimasukkan dalam babak Epilog Syurga Cinta yang penuh cabaran dan kontroversi ni.
Aku dah dua-tiga hari selesema, nak kata demam tak la demam. Aku minum la air suam berapa banyak pun, makan ubat, tak hilang gak selesema ni. Jadi tadi aku dah tension ngan selesema ni, terus aku ke sinki nak menghembuskan hingus, yang paling utama hidung sebelah kiri aku yang tersumbat tahap kritikal. Jadi tadi aku ke sinki, aku bukak paip, aku tutup hidung belah kanan, lalu aku menghembuskan hingus sekuat hati!
Secara tiba-tiba, telinga sebelah kiri aku plak tersumbat, mata aku berpinar-pinar, aku tengok alam sekeliling berputar-putar. Pada ketika dan saat itu, aku beristighfar banyak-banyak dan secara automatik pelbagai perkara bermain di kotak fikiran aku, aku teringat kat mak bapak aku, opah aku, adik-adik dan kawan2 aku. Aku tak boleh mati lagi ni, kalau aku mati, camne aku nak balas jasa mereka semua, dah la harta pun takde, mati bodoh la aku jawabnya. Tapi kalau Tuhan nak cabut nyawa aku masa tu, aku redha, aku mgkn tak dapat masuk syurga, tapi aku harap Allah tak masukkan aku ke neraka paling jahanam. Dan aku cuma dapat berharap mak bapak, keluarga aku tak sedih dengan pemergian aku. Aku harap mereka redha.
Walaubagaimanapun, dalam berpinar-pinar tu sempat aku pergi kepada kawan2 aku, deorang memang nampak muka aku pucat dan peluh-peluh ranik mengalir di muka aku. Aku cakap aku nak pitam, sorang kawan aku, Rozaime, terus suruh aku duduk lalu dia tepuk kuat2 dan gosok belakang aku. Alhamdulillah, mata aku berhenti berpinar-pinar dan aku stabil balik, aku amat bersyukur kepada Allah. Aku taktau la apa jadi kalau aku seorang diri tadi. Astaghfirullahalazim.
Rasa macam tuhan nak tunjuk sesuatu kepada aku. Dan aku harap aku jadi manusia yang lebih baik selepas ini.
Subhanallah…