Sunday, November 21, 2010

Bahasa Mencerminkan Bangsa [luar perspektif normal]

Adakah aku ni Melayu yang mendaulatkan bahasa ibunda aku? Sedikit, tapi tak banyak. Sebab apa?

Bila aku kaji2 dan selidik,  Bahasa Melayu ni sebenanya kurang relevan. Aku bukan nak kata Bahasa Melayu ni teruk, tapi bahasa ni kurang efektif terutamanya yang melibatkan Bahasa Melayu formal.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang rata2 semua cakap formal, pun orang kata lembab. Contoh yang aku dengar daripada krew2 sambilan, shooting telemovie biasa yang ambil masa seminggu boleh jadi sampai sebulan.

Aku tak berapa setuju dengan tajuk akhbar ini


Mesyuarat dalam Bahasa Melayu akan jadi 3 atau 4 kali ganda lebih perlahan daripada mesyuarat dalam Bahasa Inggeris. Semua ni kita boleh tengok melalui analisis di bawah:

 BAHASA MELAYU                            BAHASA INGGERIS
1. Melayu - 3 suku kata                       1. Malay - 2 suku kata
2. Inggeris - 3 suku kata                       2. English - 2 suku kata
3. Mesyuarat - 4 suku kata                   3. Meeting - 2 suku kata
4. Bagaimana - 4 suku kata                  4. How - 1 suku kata
5. Kuda - 2 suku kata                          5. Horse - 1 suku kata
6. Pertarungan - 4 suku kata                 6. Duel - 1 suku kata
7. Telefon bimbit - 4 suku kata              7. Handphone - 2 suku kata


Paling best tengok kat nombor pun kita boleh nampak dah:

1. Satu - 2 suku kata                                  1. One - 1 suku kata
2. Dua - 2 suku kata                                   2. Two - 1 suku kata
3. Tiga - 2 suku kata                                   3. Three - 1 suku kata
4. Empat - 2 suku kata                               4. Four - 1 suku kata
5. Sembilan - 3 suku kata                           5. Nine - 1 suku kata
6. Sepuluh - 3 suku kata                             6. Ten - 1 suku kata
7. Dua belas - 4 suku kata                          7. Twelve - 1 suku kata
8. enambelas - 4 suku kata                         8. sixteen - 2 suku kata
9. Dua puluh - 4 suku kata                         9. Twenty - 2 suku kata

Bandingkan pulak ngan Bahasa German

Bahasa Melayu                                        Bahasa German
1. Satu (2 suku kata)                        1. Eins (1 suku kata)
2. Dua (2 suku kata)                         2. Zwei (1 suku kata)
3. Tiga (2 suku kata)                         3. Drei (1 suku kata)
4. Empat (2 suku kata)                      4. Vier (2 suku kata)
5. Lima (2 suku kata)                        5. Funf (1 suku kata)
6. Sembilan (3 suku kata)                  6. Neun (1 suku kata)
7. Sepuluh (3 suku kata)                    7. Sehn (1 suku kata)
8. Sebelas (3 suku kata)                    8. Elf (1 suku kata)
9. Dua belas (4 suku kata)                 9. Zwolf (1 suku kata)
10. Sembilan belas (5 suku kata)      10. Neunsehn (2 suku kata)
11. Dua puluh satu (6 suku kata)      11. Eins und zwanzig (4 suku kata)


Aku boleh bet la, dua mesyuarat yang sama isi kandungannya tetapi satu buat dalam Bhs Melayu satu lagi English atau German, konfem yg English atau German tu akan habis dulu.

Kita tak boleh salahkan sesiapa dalam perkara ini. Kalau nak salahkan pekerja2 sebab datang lambat, tengok la dulu Perdana Menteri kita, berapa kali dia datang function betul2 tepat pada masanya? Boleh kira dengan jari pun sebenanya. Nak salahkan dia? Bukan salah dia pun, benda ni memang dah jadi budaya kita. Tengoklah bahasa, tercerminlah bangsa..

Wednesday, November 17, 2010

Gerak Hati

'Ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa.' Itulah pepatah orang2 tua dahulu yang sering kita praktikkan hingga ke hari ini. Jadi nak hidup mudah dan aman, ikutlah akal.

 
Walaubagaimanapun, ada masa dan ketika, aku memang tak bersetuju langsung dengan pepatah ini, dan ada masanya, memerlukan kita mengikut gak gerak hati atau in English dipanggil hunch / intuition / instinct. Hal ini adalah atas fakta berdasarkan beberapa insiden yang aku alami sendiri. Begini kronologi insiden-insiden tersebut:

1. September 2008. Lokasi: Pejabat Asia Media Content, Phileo Damansara 1. Masa ni aku praktikal kat production house ni. Masa nak balik, waktu tu dah malam. Sedar2 helmet ARC aku hilang. Mahal tu.. apa kejadah betul la.. Kedai motor semua dah tutup, nak taknak, aku memang kena balik, takkan nak tidur kat kaki lima kot, memang tak masuk akal la kan. Nak tidur kat opis, opis plak dah tutup. Tanpa bertanya kepada sesapa, aku NEKAD meredah highway NKVE. Dan hasilnya, aku berjaya sampai ke Shah Alam. TANPA helmet.

2. Antara Julai - Ogos 2009. Lokasi: Jabatan Perangkaan Malaysia, Seksyen 9, Shah Alam. Masa ni aku keje kontrak buat banci. Nak buat camne, lain yang aku mintak lain yang dapat. Tapi tak kisah la kan. Yang penting, halal.. Jadi, cerita dia, masa aku nak balik petang tu. Tup tup, helmet aku hilang lagi. Memang ba**. Padahal helmet 'seteng' je (helmet separuh yang macam cengkerang kura-kura tu), itu pun nak rembat ke, kalo helmet ARC ke, KHI ke, berbaloi la gak kalo nak rembat kan. Masa ni ada la beberapa member kat situ. Aku tanya, sume kata memang tak bawak helmet lebih. Betul la tu, aku pun tak bawak gak helmet lebih, bukan nak angkut sesape pun. Aku pun berkata kat deorang aku kata nak redah je, tapi ada la plak member aku kata, jangan, nanti kena saman kang. Aku nak redah gak, padahal dalam hati ada rasa was-was sket. Daripada Seksyen 9, aku berjaya lalu Seksyen 11, Seksyen 10, Seksyen 3, Seksyen 2 dan bila dah sampai kat traffic light terakhir sebelum rumah aku kat Seksyen 7. Ngam-ngam datang 2 pegawai polis uniform biru menunggang 2 motosikal berlainan. Pendek kata, hari tu, aku kena saman.

3. Pertengahan 2010. Lokasi: Ampang Point. Masa ni nak gi main futsal kat area2 situ gak ngan kru produksi Epilog Syurga Cinta. Aku ngan Fariz (member aku) tunggu kat Ampang Point sementara menunggu orang amik. Kemudian, sampailah Che Mat (Art Director) dengan Keloi (Prop Man). Elok2 ngam sebelum nak masuk van tu, Fariz cakap kat aku, ko taknak bawak helmet ke Min? Apa jawapan aku..? Ya.. seperti biasa, aku yg memang dah malas kata, takde apa kot, sebab aku dah ikat baik punya bawah sit motor tu. Aku pun naik je van tapi dalam hati rasa mcm tak best. Balik je lepas abes futsal, memang sah, lagi-lagi helmet aku hilang. Helmet ARC. Di tengah malam itu, kebiadapan pencuri helmet itu berjaya membuat aku nak merembat helmet lain ketika keterdesakan di tengah malam itu. Tapi aku dah pulangkan balik helmet tu di hari lain.

4. Terbaru, bulan 10 2010. Lokasi: Summit. Aku pakai helmet KHI yang baru tak sampai berapa bulan. Masa ni gi hantar member keje kat Summit. Sampai2 tu dia kata, taknak tengok wayang dulu ke..? Dia ni kalo tanya, aku memang dah tau dah, mesti free punya. Aku pun nak naik la.. Pastu dia ni pegi tanya, taknak bawak helmet ke.. Aku kata, jangan tegur, satgi aku lempang kang.. Pastu dia kata, oh okay. Lepas abes je aku tgk cite Enthiran lakonan Rajnikanth, sampai je kat motor, helmet KHI yang aku ikat bawah sit motor, kena rembat. Satu lagi helmet yang murah sket, harga dalam 40-50 hengget (tak ikat) tak kena rembat. Memang biadap...

NILAI-NILAI MURNI & MORAL (ceh!)

Kira2 balik, boleh dikatakan kerugian aku hampir mencecah RM400 angkara taknak ikut gerak hati...

Senang cerita, janganlah berasa malas untuk membawa helmet ke mana-mana. Dan, janganlah berasa takut untuk mengikut gerak hati. Tapi kalo gerak hati suh gi bunuh orang, jangan la jadi bodoh gi ikut plak kan. Ikut common sense la bak kata orang putih, kalau gerak hati yang boleh buat benda positif, tak salah kalau kita ikut kan.

P/S: Seorang ibu, mempunyai gerak hati / naluri termantap. Seorang ibu boleh membezakan antara batuk biasa seorang anak dengan penyakit kronik seperti meningitis atau sepsis walaupun tidak tahu langsung tentang sains. Pernah diceritakan dengan hanya naluri seorang ibu, berjaya menyelamatkan nyawa anaknya yang sakit teruk. Diceritakan Dr Matius Thompson, seperti dikutip dari Dailymail.