Monday, December 28, 2009

MEMBINA KERJAYA atau MENCARI GAJI BESAR?

Apa yang aku nak cakap ni dari sudut pandangan aku. Blog kali ni bole dikatakan sekuel kepada blog ‘hidup untuk kerja dan kerja untuk hidup’. Kalau ada yang tak bersetuju atau nak menambah, silakan. Begini, setelah melalui beberapa episod kehidupan, terdapat beberapa perkara yang aku perhatikan dan alami sendiri yang ingin aku kongsikan.

Yang utama, bila dah habis degree, secara automatik ‘fresh graduate’ akan terbahagi kepada tiga kelompok, satu kelompok akan sambung belajar ke peringkat sarjana ataupun nama glamournya ‘Masters’. Satu kelompok lagi, akan mula mencari kerja. Manakala kelompok ketiga ni unik sikit, iaitu duduk melepak dan berehat selama yang boleh.

Secara amnya, kelompok pertama, boleh dikatakan 90% yang ambik Master ni akan mengakhiri hidup mereka dengan berkhidmat sebagai pensyarah di IPTA atau IPTS, manakala selebihnya akan belajar lagi sampai bila pun aku tak tahu. Kelompok ketiga, ambil konsep ‘relax and steady’ dulu.

Kelompok kedua, termasuklah aku, nak aku kupas sikit. Golongan ni, dah habis belajar ataupun dekat2 nak habis terus sibuk mencari kerja. Ada yang bernasib baik, terus mendapat kerja. Lagi best kalau tempat praktikal lama ajak kerja balik. Kalau kurang bernasib baik, menganggurlah jawabnya. Kelompok ni boleh dipecahkan lagi mengikut tajuk topik ini, bekerja untuk MEMBINA KERJAYA atau MENCARI GAJI BESAR. Bagi yang ingin membina kerjaya, mereka akan bekerja di satu syarikat untuk satu jangka masa yang agak lama. Walaupun gaji tidaklah sebesar mana, mungkin setelah setahun dua barulah berfikir untuk menukar kerja. Kalau gaji besar, teruslah bekerja tanpa berfikir nak cari kerja apa2 lagi. Best betul kalau begitu. Bagi yang ingin mencari gaji besar, mereka tidak akan kekal lama di mana-mana syarikat. Paling lama pun dua atau tiga bulan terus tukar kerja.

Aku rasa, kalau boleh semua orang pun nak jadi golongan yang membina kerjaya dan bergaji besar. Namun, bukan semua manusia dicurahkan rezeki sekepuk. Mungkin esok atau lusa, rezeki kita, kalau tiada, terimalah apa yang ada, tapi… janganlah berhenti berusaha!

Aku bukan manusia hebat,
Tidak usah berkata lebat,
Buat yang patut dibuat,
Cuba mencari berkat, mengharapkan rahmat

Thursday, August 13, 2009

kerja untuk hidup dan hidup untuk kerja

rasanya dah lama gak aku tak update blog ni. Antara sebabnya, hidup aku biasa je, makan dan tidur. Huhu. takde berlaku perubahan drastik dalam hidup aku dan tak pulak berlaku perkara-perkara bombastik mcm pengeboman Noordin Mat Top di Indon tu..

Tp start bulan lepas, awal Julai 2009 aritu..
Hidup aku dah berubah sikit, ok la kan, ada gak perubahan, yakni aku dah start keje!
Yaa, selama ni idup senang lenang pki duit mak abah aku sikit ditambah plak ngan duit PTPTN masa belaja dulu, rilek je kann.. huhu. skang dah keje lain plak rasa..
tapi keje aku bukan keje bidang yang aku belaja. dah tu plak, aku bukan pki degree, aku pki SPM je mat.. belasah je la.. nak tnggu degree punya, takde cable plak..

Aku skang ni keje Jabatan Perangkaan, buat banci dari rumah ke rumah. penat sikit laa, tapi apa2 pun, aku rasa keje ni bagi aku pengalaman byk gak walaupun aku baru keje sebulan lebih. aku rasa 'soft-skill' aku dah meningkat sket. aku lagi confident bercakap ngan sape pun tak kisah berapa umur orang tu. yelah, sebelum ni masa belaja, bercampur budak2 baya aku je kan... skang plak aku jumpa macam2 jenis orang, macam2 ragam..

tapi lama2 pun leceh gak, sebab aku kena banci jauh2 sampai ke Ampang la, Gombak la.. ye aa satu Selangor deorg nak banci kan.. tapi itu aku tak kisah sangat.. yg lagi leceh bila banci tu matahari terpacak atas kepala.. pergh..

aku ingat aku paranormal la konon, lepas 2 mggu aku keje aritu.. terus demam, batuk ngan selesema.. baik punyee.. haha. abes satu umah aku berjangkit ngan aku. Check2 nsib baik la bukan H1N1, fuhhh~

keje banci ni member aku aa rekemen, si bada panggilannya, tp skang dia dah keje Penumbra, syarikat advertising dan penyiaran. aritu dia ajak aku keje tmpt dia..
pikir2 ok gak tu, drpd aku kepanasan.. pastu.. taknak la plak nanti orang nampak aku deorang sebut, "hey nigga, wassup..?" barua gak kalo jd camtu kan..

jadi semalam aku amik no boss si bada ni and call boss dia,Puan Ella.. dia suh aku datang arini.. kebetulan plak si cembam kawan aku, ada interview kat nstp, ni pki cable aa. busut betul.. huhu.. opis penumbra ni dgn nstp dkt je, 5 minit jalan kaki bole sampai. jadi, pegi la aku tadi.. tapi tgk opis dia bosan plak aku tengok..
orang dia sikit je, kecik je kompeni ni.. skang ni aku pun konpius nak stay kat banci yg bz ke keje kat penumbra.. hurm, tengoklah, apa nak jadi, jadilah.. haha.. kerja tetap kena kerja..

P/S: Pikir2 balik, apa la sebenanya function buat banci2 ni sume.. hurmm..?