Monday, December 5, 2011

"Great Things Start With Small Beginnings"

Hari ini aku mula merasakan sesuatu yang berbeza, tak seperti hari2 sebelum ni..


Dulu.. aku rasa aku macam kurang berfikir dan hanya membuat sesuatu mengikut perasaan.. akibatnya memang tak bagus..


Kemudian daripada itu.. aku terlampau banyak berfikir sehingga terlampau berhati2 membuat sesuatu.. akibatnya pun tidak bagus juga..

sejak itu aku tercari2 seseorang yg boleh membuka mata dan minda aku.. aku cuba mencari jawapan dgn mendekati rakan2 sebaya, tapi tak bertemu jawapan..

aku dekati pulak orang2 yg lebih tua, namun tiada jawapan yg tepat..

TAPI hari ni seolah2 aku dah jumpa balik dengan diri aku yg dah lama hilang.. minda aku lebih jelas terbuka.. lepas berbual ngan seseorang yg tak aku sangka2.. budak muda opis aku.. walaupun dia jauh lebih muda.. muda 4 tahun drpd aku, tapi fikiran dan matlamat dia lebih jelas daripada kebanyakan yg sebaya dgnnya.. mgkn korang igt dia sembang kosong, tapi tak.. bukti2 nya aku boleh lihat sendiri tanpa dia bercerita secara tersurat.. budak ni jelas sorang yg bermatlamat, beretika, bercita2 tggi dan tahu setiap perkara yg patut dilakukan.. dan tanpa perlu meningkat naik dengan menindas sesiapa.. dan aku pasti, amat jarang yg sebaya dia ada fikiran seperti ini..

aku suka dengan satu pepatah Inggeris ni, "Great Things Start With Small Beginnings"


bercita-cita tinggi itu bagus, tapi untuk mencapai cita2 itu kita perlu melalui langkah demi langkah.. dan bukannya kita akan terus mendapat apa yang kita mahukan itu..

Cuba tengok Albert Einstein, dia seniri gagal dalam Bahasa Inggeris iaitu bahasa dia seniri, tapi genius dalam ilmu Fizik..
Jawapan yg mgkn Einstein bagi kalo dia masih hidup,
"Ada aku kisah aku fail English? Weeek.."



Tengok Michael Schumacher hebat di litar lumba, tapi cuba ajak dia lawan badminton, bole ke dia menang..?

Kalo kita tanya, mungkin ni jawapan Schumacher,
"Tak kisah pun kalo aku kalah badminton.. huuu"


Man Kidal pulak hebat bermain gitar, tapi cuba suruh dia masak, ntah apa lah rasanya kan..
Ni mungkin jawapan Man Kidal,
"Aku main gitar ni je lah, nak pulak aku masak..?"


Pada pendapat aku, agak sukar untuk kita jadi hebat dalam semua perkara.. tapi kena sabar dan buatlah sesuatu dengan sehabis baik, langkah demi langkah.. dan bukan TIBA-TIBA terus jadi hebat.. Macam deorang ni pun iaitu si Einstein, Schumacher dan Man kidal ni.. bukan lahir2 je terus jadi terer.. yang penting kita tahu apa yang kita buat adalah perkara yang betul dan kita pasti BUKAN semua pendapat manusia LAIN adalah betul..

Secara ringkas, "Perkara hebat bermula dengan sesuatu yang kecil" atau in English, "Great Things Start With Small Beginnings"

Tuesday, October 11, 2011

Asap

Memang banyak cara untuk mengisi masa lapang ataupun untuk menenangkan perasaan, tapi bagi sesetengah orang, cara yang paling pantas dan efisyen adalah dengan menghisap sesuatu yang boleh menghembus asap!

Pendek kata, seperti rokok, curut dan shisha. Dulu memang aku cakap benda ni membazir apa sume. Tapi bila dah try, mmg tenang dan boleh mengisi masa lapang. Aku tak isap rokok, tapi aku isap shisha. Walau aku duk sorang sekalipun, takde masalah bagi aku untuk lepak melayan shisha.

Bila kita nak ajak kawan2 lepak, tak semua free masa kita free tu, pastu nak buat benda lain macam tgk dvd sorang2 mmg rasa tak best langsung. Jadi hanya satu cara jawapannya, shisha. Ho ho yeah..

Sunday, September 18, 2011

Syukur & redha

2 perkara basic dlm tajuk ni sering kita lupakan termasuklah dengan aku seniri..

seperti biasa, aku menulis atas dasar penelitian dan pengamatan aku.. kalau sape2 rasa aku salah aku sedia utk mendengar..

jadi, pada aku, bila dalam otak kita selalu 'bersyukur' barulah segala yang kita buat diiringi dengan muafakat, ikhlas, tenang, lancar dan  bahagia.
kalau sebaliknya pulak, maknanya kalau 'tak bersyukur', terjadilah porak-peranda, tak ikhlas (aku tak igt perkataan yg sesuai), celaru, terbantut dan sengsara.

tapi aku tengok2, setiap manusia akan melalui proses yang berbeza sebelum betul2 rasa 'syukur'.. ada yg kecik2 lagi dah tau apa itu syukur.. tapi ada jugak yg masuk umur 50-60 baru rasa syukur.. aku seniri pun kadang2 alpa utk syukur.. astaghfirullahhalazim..

tapi senang cerita.. kebanyakan manusia ni termasuk aku seniri bila tak bersyukur, barulah kenal apa itu syukur. dah tau buruk baru kenal yg baik, macam ni:

dah tau porak-peranda, baru kenal muafakat
dah tau ketidakikhlasan, baru kenal ikhlas
dah tau celaru, baru kenal tenang
dah tau terbantut, baru kenal kelancaran
dah tau sengsara, baru kenal apa itu bahagia

hanya dengan izinNya, otak kita tau apa itu syukur, dan bila dah syukur, secara tidak langsung hati akan 'redha'..

cuma.. aku rasa, mungkin ada satu perkara yang kita mungkin susah nak kenal.. iaitu 'kehidupan'.. sebab.. bila kenal apa itu 'kematian', barulah betul2 kenal apa itu kehidupan sebenanya.. uhuhu.. wallahualam