Friday, March 16, 2012

Minoriti versus majoriti

Minoriti, merujuk kepada golongan yang kecil bilangannya. Majoriti, merujuk kepada golongan yang besar bilangannya. Kepada sesiapa yang dah lama tinggal di Malaysia, kita sering dimomokkan dengan konsep demokrasi yang mana melibatkan konsep majoriti. Dalam beberapa keadaan, pilihan melebihi 2/3 secara automatik sah.

Di mana-mana majoriti. Lama-kelamaan, sistem ini mula menyebabkan masyarakat mula merasakan pilihan melalui majoriti adalah perkara yang betul. Manakala minoriti adalah perkara yang salah, dan individu2 minoriti semakin lama, semakin menjurus ke arah majoriti kerana merasakan minoriti adalah perkara yang salah.

Namun, tidak bermakna minoriti ini salah, dengan adanya golongan minoriti, barulah ada 'check & balance'.

Sebagai contoh, aku bagi benda yang paling basic tapi merupakan keperluan utama. 

Mentol.

Masa nak buat, berapa ribu kali Thomas Edison gagal, dan majoriti mengutuk, mengkritik malah mengetawakan dia pulak. Cuba kita bayangkan kita berada di tempat dia, pada masa dan ketika itu. Kita nak buat sesuatu yang dirasakan betul, tapi dikutuk, diketawakan, konpom down moral kita. 

Memang hangin, tapi Thomas rilek je.. dia buat je keje dia, tanpa memikirkan tentang pandangan orang lain.. 

Senang cerita aku nak cakap, tak perlu risau menjadi golongan minoriti, sebab otak dan hati kita semua lain2, dan tak perlu takut untuk mengutarakan pendapat.. cuma utarakanlah dengan cara yang berhemah.

Thomas salah satu minoriti yang dianggap entah apa-apa 'semalam', tapi genius pada hari ini. Dan jika kita konsisten dalam membuat satu perkara yang kita rasa betul sama ada untuk kita sendiri ataupun komuniti sekeliling kita, walaupun kita tak semestinya kaya, kita pasti dapat mencapai satu kepuasan dalam hidup.

2 comments:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Muhaimin Shah said...

Bisa..