
Yang utama, bila dah habis degree, secara automatik ‘fresh graduate’ akan terbahagi kepada tiga kelompok, satu kelompok akan sambung belajar ke peringkat sarjana ataupun nama glamournya ‘Masters’. Satu kelompok lagi, akan mula mencari kerja. Manakala kelompok ketiga ni unik sikit, iaitu duduk melepak dan berehat selama yang boleh.
Secara amnya, kelompok pertama, boleh dikatakan 90% yang ambik Master ni akan mengakhiri hidup mereka dengan berkhidmat sebagai pensyarah di IPTA atau IPTS, manakala selebihnya akan belajar lagi sampai bila pun aku tak tahu. Kelompok ketiga, ambil konsep ‘relax and steady’ dulu.
Kelompok kedua, termasuklah aku, nak aku kupas sikit. Golongan ni, dah habis belajar ataupun dekat2 nak habis terus sibuk mencari kerja. Ada yang bernasib baik, terus mendapat kerja. Lagi best kalau tempat praktikal lama ajak kerja balik. Kalau kurang bernasib baik, menganggurlah jawabnya. Kelompok ni boleh dipecahkan lagi mengikut tajuk topik ini, bekerja untuk MEMBINA KERJAYA atau MENCARI GAJI BESAR. Bagi yang ingin membina kerjaya, mereka akan bekerja di satu syarikat untuk satu jangka masa yang agak lama. Walaupun gaji tidaklah sebesar mana, mungkin setelah setahun dua barulah berfikir untuk menukar kerja. Kalau gaji besar, teruslah bekerja tanpa berfikir nak cari kerja apa2 lagi. Best betul kalau begitu. Bagi yang ingin mencari gaji besar, mereka tidak akan kekal lama di mana-mana syarikat. Paling lama pun dua atau tiga bulan terus tukar kerja.
Aku rasa, kalau boleh semua orang pun nak jadi golongan yang membina kerjaya dan bergaji besar. Namun, bukan semua manusia dicurahkan rezeki sekepuk. Mungkin esok atau lusa, rezeki kita, kalau tiada, terimalah apa yang ada, tapi… janganlah berhenti berusaha!
Aku bukan manusia hebat,
Tidak usah berkata lebat,
Buat yang patut dibuat,
Cuba mencari berkat, mengharapkan rahmat
5 comments:
so sweet muhaimin... tapi ape aku fikir, dua2 jalan berbalik kepada pilihan kau. kalau kau mau bergaji besar, tanggungjawab kau lagi besar. maknanya, ada benda yang kau perlu korbankan. sekian. waras tak? wakakakakak.
kiranya ada 'pro and cons' ye..
aku rasa baik tuju gaji besar.
senang cerita.
nak tunang.
nak kahwin.
nak beli rumah.
beli ducati monster sebiji.
tiap2 bulan sudah pasti ke butik membeli pakaian.
makan confirm tgi friday paling 'cikai'.
setiap filem baru mesti nak tengok.
tapi yang paling penting mesti nak 'hulur' mak ayah duit.
wakakaka!
tapi kalo ko muhaimin besor mana pon duit gaji ko mesti ko simpan jadikan pusaka takpon habis bayor saman dan beli telepon baru sebab ko pandai jaga. elok lah ko gaji besor. senang bayor membayor.tepat lah pilihan ko tu.
majid: aminn.. semoga termakbul! huhu.. smart gila kalo aku dapat buat gitu..
alfi : aku blum buat pilihan la.. setakat ni, aku redah je..
Post a Comment