Sunday, November 16, 2008

Mimpi itu Nyata?

Adakah anda percaya kepada mimpi?

Terdapat pelbagai pendapat tentang mimpi. Ada yang mengatakan mimpi sebenarnya hanyalah mainan tidur semata-mata, ada pula yang berpendapat mimpi adalah petanda buruk mahupun baik kepada sesuatu yang bakal berlaku. Aku juga berpendapat mimpi sebenarnya hanyalah mainan syaitan sebagaimana Islam menghalang umatnya daripada mempercayai perkara kurafat.

Pernah beberapa ketika dahulu, aku pernah terbaca satu petikan daripada sebuah akhbar tempatan, seorang professor kaum India telah mengusulkan satu teori bahawa terdapat kebarangkalian tentang bagaimana sesuatu mimpi boleh menjadi kenyataan, daripada jabatan mana professor tersebut tak pula aku ingat. Aku tak bermaksud untuk menghasut sesiapa ataupun menyeleweng kepercayaan sesiapa, tapi sebagai ilmu yang boleh dikongsi bersama. Dalam agama Islam juga terdapat ulama yang memberikan tafsiran kepada mimpi berdasarkan al-quran dan hadis. Pada ketika tu, aku baca acuh tak acuh sahaja, itupun disebabkan petikan tersebut emak aku yang suruh baca. Walaubagaimanapun, terima kasih kepada emak aku sebab menggalakkan aku baca petikan tersebut pada masa tu, dan berjaya memberikan aku ilmu baru. Dalam petikan tersebut, professor tersebut ada mengusulkan teori yang agak relevan yang mana aku masih ingat isi-isi penting dalam teori beliau.

Menurut teori tersebut, ada beberapa prasyarat yang boleh menjadikan mimpi menjadi kenyataan.
1. Mimpi tersebut adalah mimpi pada waktu malam dan bukan mimpi pada waktu siang.
2. Mimpi tersebut berlaku ketika melewati tengah malam dan sebelum terbit matahari.


Berdasarkan perkara kedua di atas, saya pecahkan lagi urutan-urutan mimpi yang berpotensi tinggi menjadi kenyataan kepada waktu-waktu tertentu.
1. 12 – 2 pagi : Mimpi tersebut akan berlaku dalam masa seminggu atau lebih
2. 2 – 4 pagi : Mimpi tersebut akan berlaku kurang dari seminggu
3. 4 pagi – sblm terbit matahari : Mimpi tersebut akan berlaku kurang daripada 3 hari

Selain itu, jika terdapat mimpi yang boleh menyebabkan kita tersentak dan terus bangun dari tidur berkemungkinan menjadi nyata dalam masa singkat. Pasti ada berpendapat bahawa perkara ini mengarut dan hanya kebetulan belaka, begitu juga aku pada masa tu. Namun, semua itu berubah apabila satu kejadian terjadi kepada aku. Untuk pengetahuan semua, lepas aku praktikal UiTM, aku dah jadi macam kelawar sebab dah kerapkali berjaga malam dan tidur pada waktu siang kononnya untuk menyiapkan penulisan ilmiah tapi sebenarnya aku main Poker online. Poker ni dah macam jarum suntikan dadah sebab aku menang ke, aku kalah ke, mesti nak main lagi. Pening gak aku. Sampailah aku sering ditegur secara sinis oleh kawan serumah aku terutama terutama teguran pemuda Penang yang penuh dengan ayat-ayat sarkastik beliau. Tapi terima kasih gak kat beliau, kalau tak benda ni tak jadi.

Beginilah kisahnya,

14 November 2008– Jumaat
Aku tidur sekejap sahaja iaitu selepas subuh sampai lbh kurang pukul 10.30 pagi. Aku bangun tu sebab nak jumpa pensyarah. Lepas solat Jumaat, aku bayar bil elektrik kat pejabat pos pastu balik rumah. Pastu apa lagi, main Poker la kerja aku. Hahaha. Lepas Maghrib tu, aku rasa mata aku berat, lantas aku terfikir. Baik aku tidur sekarang, boleh normal balik, lalu terus aku menghenyakkan tubuh ke tilam aku yang tak berapa nak empuk. Pada malam itulah aku bermimpi. Mimpi dia mula2 aku dah peluk orang tu. Aku tak nampak muka dia. Bila aku nak leraikan pelukan tu, baru aku nampak muka dia. Aku pun jadi terkejut. Aku bermimpi memeluk seseorang yang aku dah tak jumpa dekat 3 bulan lebih. Orang yang aku peluk tu ialah bekas ‘girlfriend’ aku, lalu aku berambus daripada tempat kejadian. Tengah aku nak berambus, ada seorang lelaki datang jumpa dia, tapi laki tu tak perasan aku. Pada ketika itulah aku bangun. Jam pada masa tu lebih kurang 4.30 pagi – 15 November 2008.

15 November – Sabtu
Tengah malam. Aku online sambil cuba mencari bahan menyiapkan penulisan ilmiah aku. Sambil tu aku buka Yahoo - Messenger. Pada masa tu aku chat dengan sorg kawan dari Bangi, Puri (bukan nama sebenar) dan beliau datang sebab nak makan. ‘Smart’ gak idea beliau. Kami pergi menaiki kereta makan di sebuah restoran mamak bertiga bersama seorang lagi rakan Bade (bukan nama sebenar). Masa ni dah masuk awal pagi 16 November. Lepas makan, kami mahu pulang ke rumah. Ketika nak letak kereta, ternampak pula sepasang lelaki dan perempuan dalam kereta kelihatan mencurigakan. Datanglah idea gila si Puri untuk sekodeng mereka. Setelah sekodeng punya sekodeng walaupun sebenarnya tak nampak apa, pasangan tersebut menghidupkan enjin kereta sebab dah perasan kami. Bila dah bergerak, kami cuba menjejak semula pasangan tersebut dengan menaiki kereta, tapi tak jumpa. Aku duduk di belakang masa tu. Pusing punya pusing tiba-tiba si Bada menjerit, “Weh Min, F**** la”. (Iaitu ex-girlfriend aku) Kemudian aku cakap, “Ko jangan main-main”. Bade berkata lagi, “Betul la, sumpah! Cuba ko tengok”. Pastu aku pusing memang nampak dia dengan seorang lelaki. Kemudian aku cakap kat Puri. Blah2! Cukuplah sampai situ dulu sebab asas kisah ni mimpi jadi nyata. Yang penting korang dapat apa intipati cerita ni. Sebenarnya ada lagi, tapi aku malas nak cerita.. Nanti sentap hati mak nak..
Pada masa dan ketika itulah petikan yang emak aku suruh baca tu menunjukkan satu keberhasilan yang begitu mengujakan. Yang pelik dan ajaib, kenapa benda tu tak berlaku dalam 3 bulan sebelum tu atau lepas beberapa bulan, lebih-lebih lagi, lepas mimpi tu, benda tu terjadi belum sampai 3 hari! Dan, masa aku tulis blog ni pun aku tak dapat tidur malam, tidak seperti hari sebelumnya. Argh, apakah ini suatu cubaan? Cuma aku harap janganlah aku jadi schizophrenia macam watak schizo yang Christian Bale lakonkan dalam The Machinist. Memang sadis.. Sekarang, terpulanglah kepada korang nak percaya atau tak. Macam slogan Ripley’s tu, Believe it or Not? Cuma satu je, apa salahnya ambil langkah berjaga-jaga, kerana…… perkara ni, tak mustahil terjadi kepada anda!

Wahhahaha.. (gelak dalam nada jahat)

Pusat Komersial Seksyen 7

7 comments:

Sofi. said...

halo halo...
terdatang sini sebab Favorite Music kita banyak sama :)

Muhaimin Shah said...

Oo, that's quite interesting. Aritu gi Sabah, tak sangka eh korang layan rock kapak. Org Perak pun sama. XPDC, Search, Wings and the local bands rock!

Cantik Jelita said...

huh?

Anep said...

mimpi mmg best..
mimpi basah yg pertama lagi best
kahkahkah

shazreen imani laila said...

hebat betol anda berkata2
hahahahaha

Unknown said...

woi.
update la blog ko ni.
dah masuk pertengahan 2009.
cit.
landak betul budak ni.

Muhaimin Shah said...

ahaha.. mari membaca..